SEJARAH SAMTTAJ

Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam Selangor,dibina pada 30 Ogos 1982 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Siap pembinaan pada November 1983 mulai beroperasi 1984 dengan sejumlah 320 murid lelaki yang diambil dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Klang dengan 24 orang guru.Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (D.Y.M.S) telah berkenan merasmikan sekolah pada 19 Mac 1987. Pada tarikh itu juga, SAMT Tengku Ampuan Jemaah digunakan menggantikan nama Sekolah Menengah Agama Tinggi Shah Alam.

SAMTTAJ terpaksa berpindah menumpang di Sekolah Rendah Agama Medan Harun Petaling Jaya apabila JAIS menubuhkan IPTS diberi nama Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) pada tahun 1996-2000. KISDAR kemudiannya berpindah ke Bangi setelah kampus baru siap dan SAMTTAJ kembali beroperasi semula ke Shah Alam.

Jumlah pelajar SAMTTAJ sekarang ialah 432 perempuan dan 340 lelaki.Seramai 550 orang pelajar tinggal di asrama, 220 lelaki dan 330 perempuan.SAMTTAJ mempunyai 21 kelas tingkatan satu hingga tingkatan 5 dan 4 kelas aliran sains tulen, masing-masing dua kelas untuk tingkatan empat dan lima. Kemudahan Prasarana yang ada ialah pusat sumber, makmal sains teras,fizik, kimia dan biologi, musolla, dewan seminar, dewan besar, kafetaria, dewan makan,pejabat,bilik guru, bilik mesyuarat, bilik operasi SPBT, Bilik Kaunseling, Bilik Displin, Stor Kokurikulum, Bilik ICT dan Bilik Peperiksaan. Jumlah guru dan kaki tangan ialah seramai 54 orang.

Pada 24 Disember 2004, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara kerajaan negeri Selangor dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftarkan kesemua 23 buah sekolah agama menengah negeri Selangor termasuk SAMTTAJ ke Kementerian Pelajaran yang kemudiannya disebut sebagai kelompok SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) dibawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral(JAPIM).Sehingga sekarang SAMTTAJ dan SAM negeri Selangor yang lain berada dibawah naungan Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP