29.12.13

PENDAFTARAN PELAJAR 2014

Assalamualaikum wrh. wbt.

Berikut dimaklumkan sesi pendaftaran bagi pelajar baru dan lama SAMTTAJ:

1 Januari 2014

8.00 pg :      Pendaftaran Pelajar asrama
                   Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

10.00 pg :    Gotong-royong Sekolah ( Semua pelajar termasuk pelajar luar dan asrama adalah terlibat)

Ibubapa dipohon menghantar pelajar ke asrama awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas memandangkan pelajar tingkatan 1 akan mendaftar pada hari yang sama.

2 Januari 2014

Proses Pembelajaran dan Pengajaran berjalan seperti biasa.

18.12.13

Keputusan PMR 2013

Assalamualaikum.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang telah memperoleh keputusan cemerlang pada tahun ini. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang mendidik anak didik SAMTTAJ dan tahniah juga kepada ibu bapa yang bersama-sama mendidik dan memberi dorongan kepada anak-anak.

GPS 1.27
61 orang memperoleh 9A


Ranking sekolah PPD Petaling Perdana:

1. SAM BESTARI                                             1.08

2. SAMT TENGKU AMPUAN JEMAAH        1.27

3. SMK SEKSYEN 18                                     1.48

4. SMK USJ 12                                               1.59

5. SMK SEKSYEN 9                                        1.73

6. SMK SEAFIELD                                           1.79

7. SMK BUKIT JELUTONG                            1.82

8. SMK USJ 4                                                  1.87

9. SMK USJ 13                                                1.98

10. SMK ALAM MEGAH                                  2.11


Pengumuman Keputusan PMR Sesi 2013

Assalamualaikum kepada semua Calon PMR SAMTTAJ.

Keputusan akan diumumkan pada tetapan berikut :

Tarikh : 19.12.2013
Hari     :  Khamis
Tempat : Dewan Anggerik SAMTTAJ
Pakaian : Uniform Sekolah LENGKAP, rambut PENDEK bersongkok dan bertali leher serta kasut hitam.  (lelaki), tudung telekung mini sekolah, kasut hitam. (Perempuan)

Jika pakaian anda tidak lengkap, keputusan tidak akan diserahkan.

Anda diingatkan supaya menjelaskan segala yuran tertunggak kepada kerani bertugas di dewan nanti.

Semoga berjaya semuanya. Amin.

Guru Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ

16.12.13

Lawatan Penanda Aras Surabaya, Indonesia

Nama Program : Lawatan Penanda Aras Surabaya, Indonesia
Tarikh : 16 - 20 Disember 2013
Tempat : Surabaya, Indonesia

12.12.13

Keputusan PMR 2013

Keputusan PMR diumumkan 19 Dis
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama

Pakaian : Pakaian Rasmi Sekolah, rambut kemas

Senarai Nama Murid Asrama Sesi 2014

Assalamualaikum kepada semua warga asrama SAMTTAJ

Nama murid yang diterima masuk asrama sesi 2014 boleh disemak di papan kenyataan asrama berhampiran bangunan asrama puteri.

Sila berurusan di kaunter pejabat asrama untuk surat tawaran menginap di asrama.

Wassalam.

Biro Penempatan dan Kebersihan Asrama SAMTTAJ

6.12.13

Dari Meja Guru Bimbingan dan Kaunseling

Assalamualaikum kepada semua warga SAMTTAJ. Selamat bercuti semuanya.

Saya Muhammad Effendy bin Abdullah, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa ingin memberi peringatan kepada warga SAMTTAJ semasa cuti sekolah pada kali ini.

Tahniah kepada semua calon SPM yang sudah selesai menjalani peperiksaan baru-baru ini. Diingatkan bahawa perjuangan belum lagi berakhir. Perjalanan anda masih jauh untuk menggapai cita-cita dan harapan ibu bapa.

Sila semak selalu laman web www.mohe.gov.my iaitu mengenai UPU Online. Setakat ini belum ada sebarang surat arahan tentang pengisian data diri untuk fasa 1. Anda digalakkan untuk menyemak secara berkala supaya tidak terlepas tarikh. Pihak UBK telah mendaat makluman No.Pin UPU Online akan mula dijual di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 20 Januari 2014. Kebiasaannya, pengisian data fasa 1 dilakukan sebelum jualan No.Pin ini. Oleh itu, mohon kerjasama anda untuk menyemak laman web berkenaan secara berkala.

Kepada calon STAM 2013, tahniah diucapkan di atas usaha yang anda semua kerana berjaya menempuh peperiksaan. Harap segala usaha mendapat hasilnya. Anda juga dinasihatkan untuk menyemak laman web di atas secara berkala.

Bagi calon-calon PMR 2013, anda digalakkan untuk menjalani ujian psikometrik minat kerjaya untuk mengenalpasti minat anda. Apabila keputusan PMR diumumkan sepatutnya anda sudah tahu hala tuju minat anda selaras dengan kemampuan diri. Dinasihatkan agar memilih bidang yang serasi dengan pencapaian dan minat anda. Jangan salah pilih bidang kerana ini adalah masa depan anda. Ujian minat kerjaya boleh dijalankan secara online dengan menggunakan carian google 'imascu' untuk mengenalpasti minat anda. Keputusan ujian berkenaan boleh dicetak.

Kepada murid SAMTTAJ terutama sekali tingkatan 1 & 2 sesi 2013, adalah dimaklumkan jika anda hendak berpindah, sedang memohon pindah, atau sudah berpindah ke sekolah lain, mohon maklumkan kepada saya untuk salinan ujian psikometrik utk simpanan guru kaunseling di sekolah baru. Berikan nama dan alamat sekolah yang baharu untuk kegunaan pos.

Perjuangan kita masih belum selesai. Pelbagai rintangan yang harus kita ditempuhi untuk berjaya. Cipta sejarah diri supaya boleh dikongsi bersama-sama generasi kita pada masa akan datang untuk dijadikan pedoman dan panduan serta pengajaran.

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP