25.6.13

Maklumat Tentang Cuti

Maklumat terkini SAMTTAJ

TARIKH : 25 JUN 2013

Makluman terkini, bahawa keputusan telah dibuat oleh JPNSEL & setelah merujuk TKPPM berasaskan kepada IPU 250 pada jam 5.00pm - sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Petaling Perdana diarahkan ditutup esok 26/6/2013. ( murid dan guru) mohon panjangkan kpd semua sekolah PPDPP. dr Tn Hj Ghazali

Oleh itu, keputusannya esok masih cuti sehingga diberitahu.

Pelajar asrama tidak dibenarkan pulang kerana cuti tidak boleh dijangka sampai bila. Bagi mengelakkan menyusahkan ibu bapa dan penjaga, anda dinasihatkan untuk terus tinggal di asrama.

Sekian, harap maklum.

24.6.13

Makluman Isu Jerebu

Memo terkini SAMTTAJ

Tarikh : 25.06.2013

Sekolah akan dibuka esok seperti biasa. IPU terkini 281. Menurut pekeliling kementerian pendidikan malaysia sekolah boleh diarahkan tutup sekiranya IPU mencecah 300. Setakat ini, tiada sebarang makluman tentang penutupan sekolah.

Oleh itu, sekolah akan mula beroperasi mulai esok (26.06.2013) seperti biasa. Murid dimestikan memakai topeng muka khas yang dijual di farmasi berdekatan.

Jika ibu bapa risau tentang kesihatan anak-anak mereka, ibu bapa mempunyai hak utk tidak menghantar anak ke sekolah.

Selamat kembali ke sekolah.

P/S: Pelajaran amat penting. Jadi kembalilah ke sekolah.

4.6.13

IKLAN HARI KOPERASI SAMTTAJ 2013

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SAMTTAJ

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH TAHUN 2013 AKAN DIADAKAN PADA 10 – 17  JUN 2013.

BERSEMPENA PROGRAM TERSEBUT ACARA-ACARA YANG AKAN DIJALANKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT ;
TARIKH
ACARA
MASA
TEMPAT
10 JUN 2013
(ISNIN)
PERHIMPUNAN KHAS
7.30-9.00 PAGI
DEWAN ANGGERIK

12 JUN 2013
(RABU)
PERTANDINGAN KUIZ KOPERASI
3.30-4.30 PETANG
DEWAN SEMINAR

14 JUN 2013
(JUMAAT)
ACARA JUALAN
(MEN. ATAS SAHAJA)
3.00 – 5.00 PETANG
KAWASAN LETAK KERETA

15 JUN 2013
(SABTU)
ACARA JUALAN
(MEN. ATAS SAHAJA)
3.00 – 5.00 PETANG
KAWASAN LETAK KERETA

17 JUN 2013
(ISNIN)
PROGRAM PENYAMPAIAN HADIAH
7.30-8.30 PAGI
DEWAN ANGGERIK

PARA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI SETIAP ACARA DI ATAS BOLEH BERURUSAN DENGAN PIHAK KOPERASI SECEPAT MUNGKIN.

PENYERTAAN ADALAH TERHAD

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP