29.12.13

PENDAFTARAN PELAJAR 2014

Assalamualaikum wrh. wbt.

Berikut dimaklumkan sesi pendaftaran bagi pelajar baru dan lama SAMTTAJ:

1 Januari 2014

8.00 pg :      Pendaftaran Pelajar asrama
                   Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

10.00 pg :    Gotong-royong Sekolah ( Semua pelajar termasuk pelajar luar dan asrama adalah terlibat)

Ibubapa dipohon menghantar pelajar ke asrama awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas memandangkan pelajar tingkatan 1 akan mendaftar pada hari yang sama.

2 Januari 2014

Proses Pembelajaran dan Pengajaran berjalan seperti biasa.

18.12.13

Keputusan PMR 2013

Assalamualaikum.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang telah memperoleh keputusan cemerlang pada tahun ini. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang mendidik anak didik SAMTTAJ dan tahniah juga kepada ibu bapa yang bersama-sama mendidik dan memberi dorongan kepada anak-anak.

GPS 1.27
61 orang memperoleh 9A


Ranking sekolah PPD Petaling Perdana:

1. SAM BESTARI                                             1.08

2. SAMT TENGKU AMPUAN JEMAAH        1.27

3. SMK SEKSYEN 18                                     1.48

4. SMK USJ 12                                               1.59

5. SMK SEKSYEN 9                                        1.73

6. SMK SEAFIELD                                           1.79

7. SMK BUKIT JELUTONG                            1.82

8. SMK USJ 4                                                  1.87

9. SMK USJ 13                                                1.98

10. SMK ALAM MEGAH                                  2.11


Pengumuman Keputusan PMR Sesi 2013

Assalamualaikum kepada semua Calon PMR SAMTTAJ.

Keputusan akan diumumkan pada tetapan berikut :

Tarikh : 19.12.2013
Hari     :  Khamis
Tempat : Dewan Anggerik SAMTTAJ
Pakaian : Uniform Sekolah LENGKAP, rambut PENDEK bersongkok dan bertali leher serta kasut hitam.  (lelaki), tudung telekung mini sekolah, kasut hitam. (Perempuan)

Jika pakaian anda tidak lengkap, keputusan tidak akan diserahkan.

Anda diingatkan supaya menjelaskan segala yuran tertunggak kepada kerani bertugas di dewan nanti.

Semoga berjaya semuanya. Amin.

Guru Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ

16.12.13

Lawatan Penanda Aras Surabaya, Indonesia

Nama Program : Lawatan Penanda Aras Surabaya, Indonesia
Tarikh : 16 - 20 Disember 2013
Tempat : Surabaya, Indonesia

12.12.13

Keputusan PMR 2013

Keputusan PMR diumumkan 19 Dis
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama

Pakaian : Pakaian Rasmi Sekolah, rambut kemas

Senarai Nama Murid Asrama Sesi 2014

Assalamualaikum kepada semua warga asrama SAMTTAJ

Nama murid yang diterima masuk asrama sesi 2014 boleh disemak di papan kenyataan asrama berhampiran bangunan asrama puteri.

Sila berurusan di kaunter pejabat asrama untuk surat tawaran menginap di asrama.

Wassalam.

Biro Penempatan dan Kebersihan Asrama SAMTTAJ

6.12.13

Dari Meja Guru Bimbingan dan Kaunseling

Assalamualaikum kepada semua warga SAMTTAJ. Selamat bercuti semuanya.

Saya Muhammad Effendy bin Abdullah, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa ingin memberi peringatan kepada warga SAMTTAJ semasa cuti sekolah pada kali ini.

Tahniah kepada semua calon SPM yang sudah selesai menjalani peperiksaan baru-baru ini. Diingatkan bahawa perjuangan belum lagi berakhir. Perjalanan anda masih jauh untuk menggapai cita-cita dan harapan ibu bapa.

Sila semak selalu laman web www.mohe.gov.my iaitu mengenai UPU Online. Setakat ini belum ada sebarang surat arahan tentang pengisian data diri untuk fasa 1. Anda digalakkan untuk menyemak secara berkala supaya tidak terlepas tarikh. Pihak UBK telah mendaat makluman No.Pin UPU Online akan mula dijual di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 20 Januari 2014. Kebiasaannya, pengisian data fasa 1 dilakukan sebelum jualan No.Pin ini. Oleh itu, mohon kerjasama anda untuk menyemak laman web berkenaan secara berkala.

Kepada calon STAM 2013, tahniah diucapkan di atas usaha yang anda semua kerana berjaya menempuh peperiksaan. Harap segala usaha mendapat hasilnya. Anda juga dinasihatkan untuk menyemak laman web di atas secara berkala.

Bagi calon-calon PMR 2013, anda digalakkan untuk menjalani ujian psikometrik minat kerjaya untuk mengenalpasti minat anda. Apabila keputusan PMR diumumkan sepatutnya anda sudah tahu hala tuju minat anda selaras dengan kemampuan diri. Dinasihatkan agar memilih bidang yang serasi dengan pencapaian dan minat anda. Jangan salah pilih bidang kerana ini adalah masa depan anda. Ujian minat kerjaya boleh dijalankan secara online dengan menggunakan carian google 'imascu' untuk mengenalpasti minat anda. Keputusan ujian berkenaan boleh dicetak.

Kepada murid SAMTTAJ terutama sekali tingkatan 1 & 2 sesi 2013, adalah dimaklumkan jika anda hendak berpindah, sedang memohon pindah, atau sudah berpindah ke sekolah lain, mohon maklumkan kepada saya untuk salinan ujian psikometrik utk simpanan guru kaunseling di sekolah baru. Berikan nama dan alamat sekolah yang baharu untuk kegunaan pos.

Perjuangan kita masih belum selesai. Pelbagai rintangan yang harus kita ditempuhi untuk berjaya. Cipta sejarah diri supaya boleh dikongsi bersama-sama generasi kita pada masa akan datang untuk dijadikan pedoman dan panduan serta pengajaran.

28.11.13

TAKWIM SAMTTAJ

21.8.13

SOALSELIDIK SARANA IBUBAPA

24.7.13

Project Money Smart 2013

Tarikh : 24.07.2013
Masa : 3.30 pm
Tempat : Surau Ar-Raudhah, SAMTTAJ

OBJEKTIF
* mendidik murid untuk menabung
* merancang perbelanjaan masa hadapan





21.7.13

Ceramah Nuzul Quran

Tarikh : 22/07/2013
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Surau Ar-Raudhah, SAMTYAJ
Penceramah : Ustaz Ariffuddin, Imam Surau Seksyen 11, Shah Alam

aturcara :

7.30 pagi     Ucapan alu-aluan daripada Datin Zunaidah binti Wan Chik, PK HEM

7.45 pagi     Ceramah dimulakan






14.7.13

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 56 PERINGKAT SEKOLAH

15 JULAI 2013- Pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan oleh Pn. Ramlah bt. Mahmood, pengetua SAMTTAJ. Beberapa acara akan dipertandingkan mulai 15 Julai hingga 31 Ogos 2013.  Berikut adalah beberapa acara yang dipertandingkan.

1. Melukis Poster (penyertaan) 15 Julai - 19 Ogos 2013
2. Pertandingan hiasan Kelas - 10 Ogos hingga 20 Ogos 2013
3. Berbalas pantun kemerdekaan (penyertaan terbuka - 21 Ogos 2013 (Rabu)
4. Mendeklamasikan Sajak ( 2 Peserta bagi setiap tingkatan)  - 21 Ogos 2013 (Rabu) 
5. Nyanyian lagu patriotik (Seorang Pelajar setiap tingkatan lelaki dan perempuan - (28 Ogos 2013)
6. Pertandingan Kawat Formasi Unit Beruniform (Setiap Platun 21 org peserta) - (4 September 2013) Hari Kemuncak Kokurikulum)




25.6.13

Maklumat Tentang Cuti

Maklumat terkini SAMTTAJ

TARIKH : 25 JUN 2013

Makluman terkini, bahawa keputusan telah dibuat oleh JPNSEL & setelah merujuk TKPPM berasaskan kepada IPU 250 pada jam 5.00pm - sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Petaling Perdana diarahkan ditutup esok 26/6/2013. ( murid dan guru) mohon panjangkan kpd semua sekolah PPDPP. dr Tn Hj Ghazali

Oleh itu, keputusannya esok masih cuti sehingga diberitahu.

Pelajar asrama tidak dibenarkan pulang kerana cuti tidak boleh dijangka sampai bila. Bagi mengelakkan menyusahkan ibu bapa dan penjaga, anda dinasihatkan untuk terus tinggal di asrama.

Sekian, harap maklum.

24.6.13

Makluman Isu Jerebu

Memo terkini SAMTTAJ

Tarikh : 25.06.2013

Sekolah akan dibuka esok seperti biasa. IPU terkini 281. Menurut pekeliling kementerian pendidikan malaysia sekolah boleh diarahkan tutup sekiranya IPU mencecah 300. Setakat ini, tiada sebarang makluman tentang penutupan sekolah.

Oleh itu, sekolah akan mula beroperasi mulai esok (26.06.2013) seperti biasa. Murid dimestikan memakai topeng muka khas yang dijual di farmasi berdekatan.

Jika ibu bapa risau tentang kesihatan anak-anak mereka, ibu bapa mempunyai hak utk tidak menghantar anak ke sekolah.

Selamat kembali ke sekolah.

P/S: Pelajaran amat penting. Jadi kembalilah ke sekolah.

4.6.13

IKLAN HARI KOPERASI SAMTTAJ 2013

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SAMTTAJ

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH TAHUN 2013 AKAN DIADAKAN PADA 10 – 17  JUN 2013.

BERSEMPENA PROGRAM TERSEBUT ACARA-ACARA YANG AKAN DIJALANKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT ;
TARIKH
ACARA
MASA
TEMPAT
10 JUN 2013
(ISNIN)
PERHIMPUNAN KHAS
7.30-9.00 PAGI
DEWAN ANGGERIK

12 JUN 2013
(RABU)
PERTANDINGAN KUIZ KOPERASI
3.30-4.30 PETANG
DEWAN SEMINAR

14 JUN 2013
(JUMAAT)
ACARA JUALAN
(MEN. ATAS SAHAJA)
3.00 – 5.00 PETANG
KAWASAN LETAK KERETA

15 JUN 2013
(SABTU)
ACARA JUALAN
(MEN. ATAS SAHAJA)
3.00 – 5.00 PETANG
KAWASAN LETAK KERETA

17 JUN 2013
(ISNIN)
PROGRAM PENYAMPAIAN HADIAH
7.30-8.30 PAGI
DEWAN ANGGERIK

PARA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI SETIAP ACARA DI ATAS BOLEH BERURUSAN DENGAN PIHAK KOPERASI SECEPAT MUNGKIN.

PENYERTAAN ADALAH TERHAD

16.5.13

SAMTTAJ JOHAN DEBAT BAHASA ARAB KEBANGSAAN 2013

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA DEBAT KERANA TELAH MELONJAKKAN NAMA SAMTTAJ DI PERINGKAT KEBANGSAAN .

SAMT TENGKU AMPUAN JEMAAH RANGKUL JOHAN DEBAT BAHASA ARAB

HARI GURU SAMTTAJ 2013

23 MEI 2013 - KHAMIS - SAMBUTAN HARI GURU SAMTTAJ 2013.
KENANG JASA GURU GURU ANDA .





FESTIVAL NASYID SEKOLAH KPM NEGERI SELANGOR

23 APRIL 2013 - KUMPULAN NASYID SAMTTAJ AL IJTIHAD MEWAKILI DAERAH PETALING PERDANA DALAM FESTIVAL NASYID SEKOLAH KPM NEGERI SELANGOR .



 

12.5.13

PRU 13

5 MEI 2013 - PRU 13. SAMTTAJ MENJADI PUSAT PENGUNDIAN BAGI KOTA ANGGERIK / SHAH ALAM . DIBUKA PADA JAM 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG . SELAMAT MENGUNDI .

CUTI HARI PEKERJA

1 MEI 2013 - CUTI HARI PEKERJA

PPT 2013

29 APRIL 2013 - PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 BERMULA . 

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR SAMTTAJ 2012

14 APRIL 2013 - TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH MENERIMA HADIAH DAN SIJIL MASING MASING .

PERTANDINGAN KAMIL ZON 4

6 APRIL 2013 - SAMTTAJ MENJADI TUAN RUMAH PERTANDINGAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI ZON 4 .

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2012

21 MAC 2013 - TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON SPM 2012 .

11A - 6 ORANG
10A- 11 ORANG

LARIAN MERENTAS BANDARAYA SHAH ALAM

8 FEBRUARI 2013 - LARIAN MERENTAS BANDARAYA SHAH ALAM  SEJAUH LEBIH KURANG 5 KM .

29.1.13

Keputusan STAM 2012

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada semua calon STAM. Murid boleh mengambil keputusan bermula jam 10.00 pagi di pejabat sekolah.

21.1.13

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 1/2013

Tarikh : 21 Januari 2013
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Seminar, SAMTTAJ
Tajuk : Prevention is better than cure
Oleh : C W Voon, Fire Prevention Service Centre

Beliau memaparkan kes-kes yang benar berlaku di Malaysia. Pelbagai kes yang terjadi termasuk kereta.

Beliau juga menunjukkan cara-cara untuk untuk mengendalikan kes ini jika berlaku dan cara-cara untuk mengelakkan kes ini berlaku.




20.1.13

Ceramah Maulidur Rasul 1434H

Tarikh  : 21 Januari 2013
Masa   : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ
Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Ariffuddin (Imam surau  Seksyen 11 )
Di antara butiran isi kandung ceramah beliau ialah:-
1) Cinta kepada Rasulullah S.A.W. kerana baginda adalah manusia yang disanjungi oleh semua umat Islam.
2) Mencontohi Rasulullah dari segi hatinya., menjaga kebersihan dan menjaga solat.
3) Pesanan kepada semua murid untuk sentiasa memberi salam dan senyum kepada guru-guru..
4)  Mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. bermula dengan hati dan keikhlasan.
5) Amalkan sunnah baginda Rasullullah.SAW.


18.1.13

Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Asrama

Tarikh : 19 Januari 2013
Masa   : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ
Sasaran : Murid-murid Asrama
Agenda :
- Bacaan Doa
- Ucapan Ketua Warden
- Ucapan PK Hal Ehwal Murid
- Ucapan Pengetua
- Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan AJK Asrama
- Majlis bersurai



6.1.13

2.1.13

Gotong Royong 01

Assalamualaikum w.b.t

Tarikh : 01 Januari 2013
Masa  : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Asrama &persekitaran SAMTTAJ
Sasaran : Murid-murid Tingkatan 2 - 5 sesi 2013

Aktiviti gotong-royong ini diketuai oleh En. Zulkifli bin Jamil dan dibantu oleh beberapa orang guru. Murid-murid dibahagikan mengikut premis yang telah ditetapkan. Mereka juga dikehendaki mengatur meja dan kerusi mengikut jumlah sebenar murid di dalam kelas. Selain dari itu ,  perlu juga memastikan terdapat meja guru, papan putih dan peralatan lain yang diperlukan.

Tentatif program adalah seperti berikut :

9.30 pagi               Kehadiran murid-murid asrama
10.00 pagi             Pendaftaran Asrama bermula (Tingkatan 2 - 5 sahaja)
11.00 pagi             Gotong-royong bermula
12.00 tengahari      Bersurai






  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP