11.11.12

SEKADAR RENUNGAN SEPINTAS LALU....


Bagi memperolehi impak atau tindak balas yang baik daripada orang lain mengenai sesuatu perkara, kita harus memulakannya terlebih dahulu.
Sekiranya kita ingin dihargai, kita perlu terlebih dahulu menghargai orang lain. Demikian juga sekiranya ingin memupuk hubungan serasi dengan orang lain, kita perlu terlebih dahulu mendekati, mengenali dan memahami mereka.

3.11.12

MAKLUMAT UPU ONLINE






Assalamualaikum kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2012, pembelian no.pin UPU boleh dibeli di BSN bermula JANUARI 2013. Calon dikehendaki untuk membeli secara peribadi di Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk maklumat terkini mengenai UPU Online, sila rujuk http://upu.mohe.gov.my/ . Sekian, harap maklum. Sebarang pertanyaan boleh hadir ke Bilik Pembangunan Insan (Bilik Kaunseling & Bilik Pengawas) pada waktu persekolahan.

1.11.12

Makluman Semua Warga SAMTTAJ

PENGECUALIAN HADIR ke SEKOLAH
Assalamualaikum kepada:
Dato' /Datuk / Datin/Tuan / Puan
Ibu Bapa dan Penjaga
Dimaklumkan bahawa kelas-kelas  Ting 1, 2 dan 3 dikecualikan hadir ke sekolah kerana bilik-bilik darjah digunakan untuk peperiksaan SMA, SPM dan MUET Tahun 2012
Mereka akan mula bercuti pada 05 November 2012 hingga 09 November 2012.Sila dapatkan surat makluman daripada pihak sekolah melalui anak tuan/puan.Sekian, harap maklum.

Unisel : Soalan Kaji Selidik

Tarikh : 02 November 2012
Masa : 9.20 pagi
Tempat : Surau Ar-Raudhah, SAMTTAJ

Pengisian :
Tajuk Kajian Soal Selidik Kesedaran dan Penghayatan Terhadap Sunnah Rasulullah SAW dalam Kalangan Remaja Islam di Selangor.
Alhamdulillah, pelajar SAMTTAJ telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini.Seramai 200 orang responden diperlukan untuk menjawab soal selidik ini. Pelajar dipilih melalui pilihan secara rawak iaitu 25 orang tingkatan 1, 25 orang tingkatan 2, 25 orang tingkatan 3, 25 orang tingkatan 4.
Tahniah diucapkan dan ribuan terima kasih kerana memberi kerjasama sepanjang soal selidik ini dijalankan.
Wassalam.





Perutusan Warga Emas

Tarikh : 02 November 2012
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Surau Ar-Raudhah, SAMTTAJ

Atur cara :
- Ucapan pengerusi majlis
- Perutusan Warga Emas dibacakan oleh Puan Zunaidah binti Wan Chik, PK HEM
- Perancangan Program Warga Emas
- Hal-hal lain
- Majlis bersurai


PSS: Anugerah Nilam Tahun 2012

Tarikh : 02 November 2012
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Surau Ar-Raudhah, SAMTTAJ

Atur cara :
7.30 pagi - Bacaan Yaasin
8.30 pagi - Penyampaian anugerah nilam
8.50 pagi - Perletakan jawatan PSS 2012
9.00 pagi - Perlantikan PSS sesi 2013
9.10 pagi -Majlis bersurai

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP