10.10.12

Dari Meja Guru Bimbingan dan Kaunseling

Assalamualaikum semua warga SAMTTAJ.
Saya wakil dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan pada tahun 2012 ini. Penilaian Menengah Rendah (PMR) sedang dijalankan serentak di seluruh negara. Penilaian yang menjadi penentu masa depan murid sekolah menengah. Penentu aliran akademik.
Saya yakin dan pasti bahawa setiap calon peperiksaan akan berdebar-debar di saat menempuh peperiksaan ini. Ibaratnya seperti berperang membawa maruah diri, keluarga, bangsa dan negara. Perasaan ini adalah normal. Tidak ada apa yang perlu dirunsingkan.
Calon-calon sudah bersedia dari awal.. Bermulanya di Tingkatan 1 lagi semuanya telah dirancang dan dilaksanakan demi melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri murid. Calon perlu bersikap positif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Amalkan pesanan guru-guru yang selama ini berusaha sedaya upaya untuk mendidik anak bangsa.
Calon perlu memotivasikan diri supaya tidak berasa kecewa dengan diri kerana tidak mencapai tahap yang diharapkan. Calon berusaha atas apa yang telah diusahakan. Jadikan harapan ibu bapa dan guru sebagai satu cabaran dan semangat untuk terus berjuang. Anda telah usaha dengan sehabis baik. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.
Mohon restu ibu bapa, guru-guru supaya memperoleh keberkatan. Mohon juga kemaafan daripada kawan-kawan supaya dapat menjawab soalan dengan tenang. Bertemu dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda dan buat temujanji. Ini mungkin serba sedikit dapat membantu meringankan bebanan yang calon hadapi.
Sebagai langkah awal, selepas tamat peperiksaan, seeloknya, sewajarnya calon bertemu dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk mengambil ujian psikometrik yang sebenarnya banyak membantu dalam menentukan hala tuju diri. Antara ujian psikometrik yang mungkin sesuai untuk dijawab ialah Inventori Minat Kerjaya, Inventori Trait Personaliti, Inventori Penggunaan Masa dan sebagainya. Keputusan inventori ini serba sedikit dapat membantu menentukan hala tuju calon.
Setakat ini dahulu dari meja guru bimbingan dan kaunseling, selamat menjalani ujian.
Kepada calon-calon SMA, SPM, dan STAM dan tidak dilupakan peperiksaan akhir tahun juga, selamat menjalani ujian. Semoga tabah menghadapi ujian. Jangan lupa membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP