19.10.12

Jamuan Akhir Tahun Pembimbing Rakan Sebaya & Badan Kepimpinan Pengawas tahun 2012

Tarikh : 19 Oktober 2012
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ
Sasaran : Ahli PRS & Pengawas

Objektif:
1. Mengeratkan hubungan antara Badan Kepimpinan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya
2. Menghargai jasa baik murid kepada sekolah
3. Berkongsi ilmu tentang kepimpinan
4. Menguji bakat terpendam dalam diri murid
5. Mendidik murid untuk lebih bekerjasama dalam menjalankan program
Atur cara :
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Bacaan doa oleh saudara Nik Muhammad Amirul Wajdi
3. Ucapan perasmian oleh Pn. Zunaidah binti Wan Chik (PK HEM)
- Beliau memetik ulasan dalam Buku Minda Muslim SUPER oleh Dr. Danial Zainal Abidin -
 Sebuah buku yang banyak menceritakan tentang kepimpinan Islam
4. Jamuan Makan Malam
5. Persembahan Nasyid
6. Penyampaian Cenderamata
7. Cabutan bertuah
8. Majlis bersurai







11.10.12

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat Bersama Pengetua Bil. 2/2012

Assalamualaikum.
Tarikh  : 12 Oktober 2012
Masa   : 10.45 pagi
Tempat : Dewan Senat, Aras 3 Bangunan Canselori

AGENDA MESYUARAT:
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat bersama
    Pengetua Bil 1/2012
3. Pembentangan Memorandum Pelaksanaan Minit Mesyuarat Bil 1/2012
4. Perbincangan
    ( i )  Ringkasan aktiviti sekolah kluster dan sekolah angkat sepanjang tahun 2012
    ( ii ) Cadangan aktiviti sekolah kluster dan sekolah angkat yang akan dijalankan
           tahun 2013
5. Hal-hal lain
    Guru-guru  SAMTTAJ yang terlibat:
    1. Puan Madihah binti Adnan
    2. Encik Abdul Samad bin Mohd
    3. Encik Muhammad Effendy bin Abdullah






10.10.12

Dari Meja Guru Bimbingan dan Kaunseling

Assalamualaikum semua warga SAMTTAJ.
Saya wakil dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan pada tahun 2012 ini. Penilaian Menengah Rendah (PMR) sedang dijalankan serentak di seluruh negara. Penilaian yang menjadi penentu masa depan murid sekolah menengah. Penentu aliran akademik.
Saya yakin dan pasti bahawa setiap calon peperiksaan akan berdebar-debar di saat menempuh peperiksaan ini. Ibaratnya seperti berperang membawa maruah diri, keluarga, bangsa dan negara. Perasaan ini adalah normal. Tidak ada apa yang perlu dirunsingkan.
Calon-calon sudah bersedia dari awal.. Bermulanya di Tingkatan 1 lagi semuanya telah dirancang dan dilaksanakan demi melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri murid. Calon perlu bersikap positif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan dengan tenang. Amalkan pesanan guru-guru yang selama ini berusaha sedaya upaya untuk mendidik anak bangsa.
Calon perlu memotivasikan diri supaya tidak berasa kecewa dengan diri kerana tidak mencapai tahap yang diharapkan. Calon berusaha atas apa yang telah diusahakan. Jadikan harapan ibu bapa dan guru sebagai satu cabaran dan semangat untuk terus berjuang. Anda telah usaha dengan sehabis baik. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.
Mohon restu ibu bapa, guru-guru supaya memperoleh keberkatan. Mohon juga kemaafan daripada kawan-kawan supaya dapat menjawab soalan dengan tenang. Bertemu dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda dan buat temujanji. Ini mungkin serba sedikit dapat membantu meringankan bebanan yang calon hadapi.
Sebagai langkah awal, selepas tamat peperiksaan, seeloknya, sewajarnya calon bertemu dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk mengambil ujian psikometrik yang sebenarnya banyak membantu dalam menentukan hala tuju diri. Antara ujian psikometrik yang mungkin sesuai untuk dijawab ialah Inventori Minat Kerjaya, Inventori Trait Personaliti, Inventori Penggunaan Masa dan sebagainya. Keputusan inventori ini serba sedikit dapat membantu menentukan hala tuju calon.
Setakat ini dahulu dari meja guru bimbingan dan kaunseling, selamat menjalani ujian.
Kepada calon-calon SMA, SPM, dan STAM dan tidak dilupakan peperiksaan akhir tahun juga, selamat menjalani ujian. Semoga tabah menghadapi ujian. Jangan lupa membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan.
Wassalam.

3.10.12

Majlis Restu Ilmu PMR, SMA, SPM, dan STAM

Tarikh  : 04 Oktober 2012
Masa   : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ
Sasaran : Semua calon PMR, SMA, SPM, STAM

Atur cara Majlis:
7.30 pagi - Ketibaan murid ke dewan
-Ucapan wakil murid STAM - Hilmi Izanee
- Ucapan wakil Putera  SPM- Mohd Nazri Rostam
- Ucapan wakil Puteri   SPM- Nur Falihah Yaakob
- Ucapan daripada Ustaz Zulkifli
- Ucapan daripada Puan Kamariah Kamari
- Ucapan daripada Puan Nor Diana Aziz
- Ucapan daripada Puan Norazura Haron
- Ucapan daripada Ummi tercinta SAMTTAJ : Puan Ramlah Mahmood
Bersalaman dan memohon restu guru-guru serta mendapat bekalan alatulis peperiksaan. Semoga semua calon dapat menjawab dengan cemerlang dan menjulang nama baik SAMTTAJ ke mata dunia.
Harapan pihak sekolah amat tinggi. Seluruh warga SAMTTAJ mendoakan agar semua calon meraih
kejayaan yang cemerlang .Amin

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP