7.9.12

MAJLIS MERAIKAN PN. RASHIDAH MOHD YUSOP MELANJUTKAN PELAJARAN

Tarikh: 07 September 2012
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Mini Aspuri, SAMTTAJ
Puan Rashidah bt Mohd Yusop merupakan guru yang berpengalaman dalam subjek Prinsip Akaun. Beliau sudah berkhidmat sebagai guru di SAMTTAJ selama 9 tahun iaitu bermula dari tahun 2003.
Beliau merupakan seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi menguruskan Koperasi sekolah. Alhamdulillah atas segala usaha yang diberikan, koperasi sekolah mendapat keuntungan yang tinggi setiap tahun.. Beliau juga begitu komitmen dengan tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan. Keikhlasan yang diberikan semasa mengajar di sekolah membuahkan hasil dan melahirkan pelajar yang cemerlang.
Beliau juga merupakan salah seorang bekas anak didik Pn. Ramlah Mamood, Pengetua SAMTTAJ sekarang. Kini, beliau akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Kami di SAMTTAJ mendoakan agar beliau dapat meneruskan pengajian dengan cemerlang dan setelah menamatkan pelajaran, dapatlah kiranya ditempatkan semula ke SAMTTAJ . Amin.
Selamat Maju Jaya PN. RASHIDAH BINTI MOHD YUSOP.


2 comments:

  1. Tahniah cikgu,,semoga cikgu cemerlang dunia dan akhirat....
    (wanfaisal)

    ReplyDelete
  2. Cg Rashidah , semoga menjadi contoh kepada semua guru dan anak-anak didikmu...Timbalah ilmu. Ilmu adalah bekalan sehinggalah ke akhir hayat.

    ReplyDelete

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP