17.9.12

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA & SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012

TARIKH      : 07 SEPTEMBER 2012
MASA         : 6.00 PETANG - 11.00 MALAM
TEMPAT     : DATARAN SAMTTAJ
SASARAN : SEMUA WARGA SAMTTAJ

ATURACARA MAJLIS :

6.00 petang  - Kehadiran tetamu / ibu bapa & penjaga / guru-guru / murid-murid
7.40 malam  - Solat maghrib secara berjemaah / bacaan yasin
8.15 malam  - Tazkirah oleh ustaz jemputan
9.00 malam  - Solat Isyak  & Solat Hajat
9.30 malam  - Jamuan Hari Raya Aidilfitri
11.00 malam - Bersurai







































7.9.12

MAJLIS MERAIKAN PN. RASHIDAH MOHD YUSOP MELANJUTKAN PELAJARAN

Tarikh: 07 September 2012
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Mini Aspuri, SAMTTAJ
Puan Rashidah bt Mohd Yusop merupakan guru yang berpengalaman dalam subjek Prinsip Akaun. Beliau sudah berkhidmat sebagai guru di SAMTTAJ selama 9 tahun iaitu bermula dari tahun 2003.
Beliau merupakan seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi menguruskan Koperasi sekolah. Alhamdulillah atas segala usaha yang diberikan, koperasi sekolah mendapat keuntungan yang tinggi setiap tahun.. Beliau juga begitu komitmen dengan tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan. Keikhlasan yang diberikan semasa mengajar di sekolah membuahkan hasil dan melahirkan pelajar yang cemerlang.
Beliau juga merupakan salah seorang bekas anak didik Pn. Ramlah Mamood, Pengetua SAMTTAJ sekarang. Kini, beliau akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Kami di SAMTTAJ mendoakan agar beliau dapat meneruskan pengajian dengan cemerlang dan setelah menamatkan pelajaran, dapatlah kiranya ditempatkan semula ke SAMTTAJ . Amin.
Selamat Maju Jaya PN. RASHIDAH BINTI MOHD YUSOP.


JAMUAN HARI RAYA GURU-GURU DAN STAF SAMTTAJ 2012

Tarikh: 07 September 2012
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Mini SAMTTAJ

ASSALAMUALAIKUM wbt
Objektif::
1. Mengeratkan hubungan antara guru-guru dan staf sokongan SAMTTAJ.
2. Bermaaf-maafan sesama saudara seislam.
3. Meraikan Pn. Rashidah Mohd Yusop yang akan  menyambung pengajian di peringkat sarjana..
Atur cara:
10.00 pagi -   Kehadiran pentadbir, guru-guru dan staf sokongan
10.10 pagi -   Ucapan alu-aluan daripada Pn. Ramlah binti Mahmood (Pengetua SAMTTAJ)
10.20 pagi -   Ucapan terakhir Pn. Rashidah binti Mohd Yusop
10.30 pagi -   Penyampaian cenderamata kepada Pn. Rashidah binti Mohd Yusop
10.40 pagi  -  Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Kamal bin Misdar .
12.00 tgh    -  Majlis bersurai
Penutup:
Diharap agar semua warga SAMTTAJ dapat kekal mengeratkan hubungan dan mengambil berat di antara satu sama lain. Majlis jamuan ini mampu mengeratkan hubungan persaudaraan. Terima kasih semua.











  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP