29.6.11

Pengetua baru SAMTTAJ

13 Jun - Selamat datang diucapkan kepada Puan Ramlah binti Mahmood , Pengetua baru SAMTTAJ , Shah Alam yang menggantikan Puan Asmawati binti Ahmad Ishak yang berpindah ke SAM Nurul Iman , Klang.
Semoga kehadiran puan di sekolah dapat meneruskan kecemerlangan SAMTTAJ ke peringkat yang lebih  gemilang. Sesungguhnya budaya kerja berpasukan patut diterapkan dalam setiap individu khususnya guru-guru dan kakitangan sokongan di SAMTTAJ.

15.6.11

SAMBUTAN HARI GURU SAMTTAJ 2011





Rabu, 15 Jun 2011- Sambutan hari guru SAMTTAJ telah diadakan pada 15 Jun 2011 dengan meriahnya. acara ini adalah acara tahunan yang akan diadakan bagi menghargai jasa-jasa guru yang telah mendidik pelajar dengan komitmen yang tinggi dan penuh sabar. Acara dimulakan dengan sukaneka oleh para guru diikuti dengan acara dewan yang penuh dengan meriah antaranya nyanyian lagu Guru Malaysia, persembahan guru dan pelajar. Berikut adalah suasana sambutan hari guru peringkat SAMTTAJ..






  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP