28.2.11

Program Penilaian & Pentaksiran Pelajar Tingkatan 3




Tarikh: 10 Februari 2011
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Anggerik, SAMTTAJ
Sasaran: Semua Pelajar Tingkatan 3 sesi 2011

Program ini dianjurkan oleh unit Jawatankuasa Program Peningkatan Prestasi Akademik dan Sahsiah Pelajar (JPPPAS) Tingkatan 3. Semua pelajar dikumpulkan dan ditaklimatkan di Dewan Anggerik selepas bacaan Quran dijalankan.

Program ini diadakan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada pelajar khususnya pelajar Tingkatan 3 berkenaan kerja kursus yang wajib mereka laksanakan untuk mendapatkan markah pelengkap bagi peperiksaan PMR akan datang.

Sembilan orang guru telah ditugaskan untuk memberi penerangan mengenai Penilaian dan Pentaksiran ini. Program ini diadakan secara bergilir-gilir mengikut subjek. Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan diharap program ini dapat membantu serba sedikit dan menyuntik semangat pelajar untuk melaksanakan kerja kursus yang diamanahkan.

Selain itu juga, pelajar juga ditaklimatkan secara umum tentang segala aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011 oleh JPPPAS Tingkatan 3. Aktiviti yang dirancang ini diharapkan berjaya dan mampu meningkatkan GPS sekolah kepada yang lebih baik dan sejurus itu mengurangkan kadar peratus yang memperoleh C, D dan E di dalam peperiksaan PMR kelak.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP