28.2.11

Perarakan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Negeri Selangor











Tarikh : 15 Februari 2011
Masa : 6.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Stadium Melawati, Seksyen 13, Shah Alam
Sasaran : 2 kontinjen perarakan (lelaki dan perempuan)

Perarakan Maulidur Rasul 1432 H telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan Rasulullah S.A.W. dalam perjuangkan dan menyebarkan Agama Islam. Selain itu juga, peserta diterapkan untuk mencintai Rasul Allah itu dan menjadi ikutan sepanjang zaman.

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) telah dijemput untuk menyertai perarakan ini. Menyertai Perarakan Maulidur Rasul sudah menjadi tradisi sekolah ini. Pada tahun 2010, kontinjen perempuan SAMTTAJ iaitu dipimpin oleh Pn. Norliza binti Husin telah memperoleh tempat kedua bagi kategori sekolah menengah.

Pada tahun ini, sekolah ini menghantar 2 pasukan perarakan yang terdiri daripada 1 kontinjen lelaki dan 1 kontinjen perempuan yang diketuai oleh En. Muhammad Effendy bin Abdullah selaku Guru Penasihat Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia, SAMTTAJ. Beliau dibantu oleh Pn. Siti Rosni binti Mad Hashim dan memerangkap ketua kontinjen perempuan. En. Muhammad Effendy bin Abdullah telah ditaklimatkan di Masjid Negeri Shah Alam untuk taklimat syarat perarakan.

Pada hari perarakan, Alhamdulillah, cuaca amat baik dan memudahkan lagi perjalanan program. Kontinjen perempuan yang diketuai oleh Pn.Siti Rosni binti Mad Hashim dengan anggota seramai 55 orang, telah memperoleh Naib Johan bagi kategori sekolah menengah. Tahniah diucapkan. Semoga pada tahun hadapan kita akan lebih berjaya dan mengharumkan nama SAMTTAJ.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP