28.2.11

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)








Tarikh : 26 Februari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seminar, SAMTTAJ
Sasaran : Semua Guru dan Staf Sokongan SAMTTAJ


Program ini khusus untuk guru guru dan staf SAMTTAJ. Diadakan di dewan seminar bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari . Tajuk dalam ceramah program : Integriti dalam perkhidmatan.

Program Mukhayyam Tingkatan 1-3 SAMTTAJ












25-26/2/2011 - Program ini diadakan di SAMTTAJ bertujuan untuk mengisi jiwa para peserta dengan keinsafan dan keimanan terhadap Ilahi. Selain itu peserta diberikan motivasi untuk memajukan diri bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat .

Majlis Kesyukuran STAM 2010







Tarikh : 20 Februari 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam
Sasaran : Guru-guru subjek STAM, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Pelajar Cemerlang STAM

Majlis kesyukuran ini dianjurkan oleh JPPPAS Tingkatan 6, bagi meraikan kecemerlangan pelajar STAM generasi pertama yang telah berjaya memperoleh keputusan yang baik di dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). 11 orang memperolehi pangkat Mumtaz, 10 orang memperolehi pangkat Jayyid Jiddan, dan 10 orang memperolehi pangkat Jayyid. Majlis ini diadakan di Hotel Grand Blue Wave , Shah Alam. Semua pelajar STAM 2010 , guru-guru subjek STAM, Pentadbir Sekolah hadir memeriahkan majlis ini.

MESYUARAT AGONG PIBG SAMTTAJ KALI KE 14









Tarikh : 19 Februari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ
Sasaran : Semua Guru, Ibu bapa dan Penjaga

Mesyuarat Agong PIBG bermula jam 8.00 pagi dengan kehadiran ibu bapa dan guru di Dewan Anggerik SAMTTAJ selepas mendaftar di meja pendaftaran mengikut nama anak jagaan mereka. Jam 8.30 pagi majlis dimulakan dengan bacaan doa , ucapan Pengetua , ucapan YDP PIBG , ucapan Perasmi dari JAIS , penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar cemerlang STAM 2010 dan majlis ditangguhkan sementara pada jam 11.00 pagi untuk jamuan ringan. Jam 11.30 pagi majlis Mesyuarat Agong PIBG bermula dengan pembentangan usul dan pelantikan YDP dan AJK PIBG yang baru. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.

Perarakan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah














Tarikh: 18 Februari 2011
Masa : 7.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat :Sekitar kawasan SAMTTAJ
Sasaran : Semua warga SAMTTAJ

Perarakan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah ini disertai oleh semua pelajar dan guru SAMTTAJ. Mereka berarak bermula dari dataran sekolah pada jam 7.45 pagi dan melalui Seksyen 11 , 10 dan berakhir di Dewan Anggerik, SAMTTAJ. Pelajar diaturkan mengikut Firqah masing-masing iaitu Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Ibnu Rushd dan al-Farabi.

Seterusnya program diteruskan dengan tayangan montaj dan kuiz berkenaan dengan Sirah Nabawiyyah yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ermie bin Jonoh. Juara keseluruhan disandang oleh Ibnu Khaldun. Tahniah diucapkan. Program tamat pada jam 11.00 pagi.

Perarakan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Negeri Selangor











Tarikh : 15 Februari 2011
Masa : 6.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Stadium Melawati, Seksyen 13, Shah Alam
Sasaran : 2 kontinjen perarakan (lelaki dan perempuan)

Perarakan Maulidur Rasul 1432 H telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan Rasulullah S.A.W. dalam perjuangkan dan menyebarkan Agama Islam. Selain itu juga, peserta diterapkan untuk mencintai Rasul Allah itu dan menjadi ikutan sepanjang zaman.

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) telah dijemput untuk menyertai perarakan ini. Menyertai Perarakan Maulidur Rasul sudah menjadi tradisi sekolah ini. Pada tahun 2010, kontinjen perempuan SAMTTAJ iaitu dipimpin oleh Pn. Norliza binti Husin telah memperoleh tempat kedua bagi kategori sekolah menengah.

Pada tahun ini, sekolah ini menghantar 2 pasukan perarakan yang terdiri daripada 1 kontinjen lelaki dan 1 kontinjen perempuan yang diketuai oleh En. Muhammad Effendy bin Abdullah selaku Guru Penasihat Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia, SAMTTAJ. Beliau dibantu oleh Pn. Siti Rosni binti Mad Hashim dan memerangkap ketua kontinjen perempuan. En. Muhammad Effendy bin Abdullah telah ditaklimatkan di Masjid Negeri Shah Alam untuk taklimat syarat perarakan.

Pada hari perarakan, Alhamdulillah, cuaca amat baik dan memudahkan lagi perjalanan program. Kontinjen perempuan yang diketuai oleh Pn.Siti Rosni binti Mad Hashim dengan anggota seramai 55 orang, telah memperoleh Naib Johan bagi kategori sekolah menengah. Tahniah diucapkan. Semoga pada tahun hadapan kita akan lebih berjaya dan mengharumkan nama SAMTTAJ.

Program Penilaian & Pentaksiran Pelajar Tingkatan 3




Tarikh: 10 Februari 2011
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Anggerik, SAMTTAJ
Sasaran: Semua Pelajar Tingkatan 3 sesi 2011

Program ini dianjurkan oleh unit Jawatankuasa Program Peningkatan Prestasi Akademik dan Sahsiah Pelajar (JPPPAS) Tingkatan 3. Semua pelajar dikumpulkan dan ditaklimatkan di Dewan Anggerik selepas bacaan Quran dijalankan.

Program ini diadakan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada pelajar khususnya pelajar Tingkatan 3 berkenaan kerja kursus yang wajib mereka laksanakan untuk mendapatkan markah pelengkap bagi peperiksaan PMR akan datang.

Sembilan orang guru telah ditugaskan untuk memberi penerangan mengenai Penilaian dan Pentaksiran ini. Program ini diadakan secara bergilir-gilir mengikut subjek. Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan diharap program ini dapat membantu serba sedikit dan menyuntik semangat pelajar untuk melaksanakan kerja kursus yang diamanahkan.

Selain itu juga, pelajar juga ditaklimatkan secara umum tentang segala aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011 oleh JPPPAS Tingkatan 3. Aktiviti yang dirancang ini diharapkan berjaya dan mampu meningkatkan GPS sekolah kepada yang lebih baik dan sejurus itu mengurangkan kadar peratus yang memperoleh C, D dan E di dalam peperiksaan PMR kelak.

Mesyuarat Pegawai Bomba Sekolah Daerah Petaling Perdana







10 Februari 2011- SAMTTAJ menjadi tuan rumah mesyuarat pegawai bomba sekolah peringkat daerah Petaling Perdana. Taklimat dan perancangan telah diatur berkenaan keselamatan dalam sekolah sepanjang tahun ini .

15.2.11

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, PRS DAN BADAR (MCLEAD)




















12 Februari 2011- Kursus kepimpinan ini diadakan di Kem An Naim , Batu 14 Hulu Langat .
Seramai 84 orang peserta telah mengikuti program ini . Kursus ini bertujuan melatih para peserta lebih bermotivasi dan menyemarakkan lagi sifat kepimpinan dalam diri mereka.

10.2.11

KEPUTUSAN KEJOHANAN PING PONG MSSD 2011




10 Februari 2011- SMK Seri Serdang, Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Ping Pong SAMTTAJ yang telah menjuarai kategori Bergu Bukan Cina iaitu Sdr. Muhammad Amirul Al-Kauthar b. Khalid dan Sdr. Muhammad Erfan Razeeq b. Ahmad Mohni. Bukan itu sahaja , Naib johan juga turut disandang oleh bergu kedua samttaj iaitu Sdr. Ahmad b. Saparuddin dan Sdr. Muhmmad Fikhry b. Ridzwan.


  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP