9.1.11

PERKONGSIAN PINTAR TINGKATAN 3






8 JANUARI 2011 . Program Perkongsian Pintar bagi tingkatan 3 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ telah diadakan. Ia diadakan bertujuan membantu meningkatkan prestasi pelajar lebih-lebih lagi dalam 9 subjek teras. Ini juga selaras dengan target sekolah iaitu sifar C dan D di dalam peperiksaan PMR tahun 2011. Sehubungan dengan itu, pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang mendapat keputusan 9A dijemput menjadi fasilitator untuk berkongsi pengalaman dan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan PMR. Pada mulanya, keadaan agak kekok. Namun, ternyata program tersebut berjalan dengan lancar. Malahan, terdapat fasilitator yang mahu meneruskan lagi program tersebut walaupun masa telah tamat. Kesimpulannya, program ini sangat bermanfaat dan diharapkan calon PMR 2011 dapat mengambil pengajaran, seterusnya meningkatkan prestasi sekolah serta menyempurnakan target sekolah iaitu sifar C dan D.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP