31.1.11

Majlis Kesyukuran PMR 2010








14 Januari 2011 - Majlis Kesyukuran sempena kejayaan calon calon PMR 2010 diadakan di dewan besar SAMTTAJ . Majlis dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 4 , guru guru dan ibu bapa pelajar.

18.1.11

Tahniah Calon SMA 2010











Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SMA tahun 2010 . SAMTTAJ menduduki tempat kedua terbaik SABK Selangor dengan 96.4% di belakang SAMBES (100%).

Bilangan calon dan gred seperti berikut :

Mumtaz - 38 orang
Jayyid jiddan - 59 orang
Jayyid - 26 orang

9.1.11

PERKONGSIAN PINTAR TINGKATAN 3






8 JANUARI 2011 . Program Perkongsian Pintar bagi tingkatan 3 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ telah diadakan. Ia diadakan bertujuan membantu meningkatkan prestasi pelajar lebih-lebih lagi dalam 9 subjek teras. Ini juga selaras dengan target sekolah iaitu sifar C dan D di dalam peperiksaan PMR tahun 2011. Sehubungan dengan itu, pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang mendapat keputusan 9A dijemput menjadi fasilitator untuk berkongsi pengalaman dan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan PMR. Pada mulanya, keadaan agak kekok. Namun, ternyata program tersebut berjalan dengan lancar. Malahan, terdapat fasilitator yang mahu meneruskan lagi program tersebut walaupun masa telah tamat. Kesimpulannya, program ini sangat bermanfaat dan diharapkan calon PMR 2011 dapat mengambil pengajaran, seterusnya meningkatkan prestasi sekolah serta menyempurnakan target sekolah iaitu sifar C dan D.

8.1.11

PROGRAM TAARUF TINGKATAN 1 SESI 2011 SAMTTAJ











3 - 5 JANUARI 2011 . Program taaruf tingkatan 1 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar supaya lebih bersedia menghadapi suasana dan budaya persekolahan baru . Seterusnya program ini juga banyak memberi motivasi kepada pelajar agar lebih berketrampilan , cekal , tabah dan berkeyakinan untuk menjadi cemerlang dalam aspek fizikal , emosi , mental dan kerohanian.

Objektif program ini ialah untuk :
  • Mengeratkan ukhuwah di kalangan pelajar
  • Memberi motivasi kepada pelajar agar berkeyakinan untuk mencapai kejayaan
  • Memberi kesedaran tentang realiti kehidupan remaja
  • Mencungkil kebolehan dan kemahiran dalam diri pelajar

6.1.11

AHLAN WASAHLAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2011 SAMTTAJ SHAH ALAM




























2 JANUARI 2011 - AHAD - 9.00 PAGI - DEWAN ANGGERIK SAMTTAJ SHAH ALAM

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 SESI 2011.

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan Satu sesi 2011 ke SAMTTAJ Shah Alam.

Atur cara majlis pendaftaran :

8.45 - Kehadiran ibu bapa dan pelajar tingkatan 1

9.00 - Taklimat
- Ucapan pengerusi majlis
- Bacaan doa ( Ustaz M. Kamal bin Misdar )
- Taklimat Asrama ( Encik A. Hallid bin Bari )
- Taklimat Kokurikulum ( Puan Madihah binti Adnan )
- Taklimat HEM ( Puan Zunaidah binti Wan Chik )
- Taklimat Kurikulum ( Puan Mazwin binti Muhamad )
- Ucapan YDP PIBG ( YB Tuan Hj Yaakob bin Sapari )
- Ucapan Pengetua ( Puan Asmawati binti Ahmad Ishak )
- Tayangan Montaj SAMTTAJ

10.30 - Pendaftaran pelajar baru tingkatan satu

12.30 - Bersurai

Sejumlah 121 orang pelajar tingkatan satu telah berjaya mendaftarkan diri di SAMTTAJ .

Mereka dibahagikan kepada 4 kelas :
1 Ikhlas - 25 orang
1 Syukur - 35 orang
1 Taqwa - 29 orang
1 Zuhud - 32 orang
Tahniah diucapkan dan selamat menuntut ilmu dan menjadi warga SAMTTAJ.

Syukran Jazilan kepada semua guru dan pelajar SAMTTAJ yang telah membantu menjayakan majlis pendaftaran pelajar baru tingkatan satu sesi 2011 . Semoga Allah memberi keberkatan dan kebahagiaan kepada anda semua .

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP