21.12.11

TAHNIAH CALON PMR 2011

TAHNIAH!

Keputusan PMR 2011  telah diumumkan..Berikut adalah keputusan yang diperolehi oleh calon  PMR SAMTAJ. Terima kasih dan sekalung tahniah untuk semua warga.

9A - 62 orang
8A - 20 orang
7A - 25 orang

Teruskan usaha murni ini . Semoga mendapat kejayaan yang lebih cemerlang  di masa akan datang..

21.11.11

BAYARAN AWAL PERSEKOLAHAN 2012

Assalamualaikum wrh. wbt.

Perhatian kepada semua ibu bapa pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 SAMTTAJ tahun 2011. selaras dengan arahan KPM berkenaan dengan bantuan awal persekolahan 2012, berikut adalah jadual pengambilan bayaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah:

1) 6 Disember 2011 (Selasa) - Tingkatan Satu
2) 7 Disember 2011 (Rabu) - Tingkatan Dua dan Tiga
3) 8 Disember 2011 (Khamis) - Tingkatan Empat

Masa untuk mengambil bayaran adalah mulai Jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari

Bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 anda juga boleh mengambil slip keputusan peperiksaan anda.
Sekian terima kasih..

13.11.11

SELAMAT MAJU JAYA CALON SPM 2011


Warga SAMTTAJ mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2011 yang bermula 14 November 2011 - 14 Disember 2011, semoga anda semua beroleh kejayaan..

SPACESHIP TO VOTE

Assalamualaikum, warga SAMTTAJ, alumni SAMTTAJ dan pelawat sekelian, pelajar kami sedang dinilai untuk pertandingan spaceship projek, sila bantu untuk 'like' design mereka..Kerjasama dan keprihatinan semua pihak ,kami dahului dengan ucapan terima kasih....


SAMT Tengku Ampuan Jemaah

1) Click LIKE on this page: www.facebook.com/NS2DC
2) Come back to this pic or click this link to LIKE the photo!

Phase 3 Competition to show your support towards NS2DC project... PLEASE 1) Click LIKE on this page: www.facebook.com/NS2DC 2) Come back to this pic or click this link to LIKE the photo!

18.9.11

Perasmian Susur Gajah SAMTTAJ











5 SEP 2011 - Perasmian laluan susur gajah di pintu pagar utama SAMTTAJ. Dibina bertujuan untuk keselesaan para pelajar dan perlindungan dari panas dan hujan sepanjang hari persekolahan.
Dirasmikan oleh Puan Ramlah binti Mahmud , pengetua SAMTTAJ .


18.8.11

Hari Sukan SAMTTAJ 2011









13 & 16 JULAI - Sukan Tahunan SAMTTAJ 2011 telah diadakan di padang bola sepak SAMTTAJ . Berbagai acara dipertandingkan antaranya : lari 100m , 200m , 400m , 4x100m , Lompat jauh , lontar peluru dan tarik tali .

8.8.11

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

















2 JULAI - Larian 1Malaysia 2011 SAMTTAJ disertai semua pelajar sejauh 2.8 km.

Hari Koperasi SAMTTAJ





















1 JULAI - Sambutan Hari Koperasi SAMTTAJ 2011. Mesyuarat Agong diadakan di Dewan Besar . Di samping itu banyak gerai makanan dibuka untuk jualan berbagai jenis juadah makanan dan minuman.

Sambutan Isra' Mikraj SAMTTAJ







29 Jun - Ceramah agama diadakan sempena sambutan Isra' Mikraj 1432 H. Penceramah jemputan ialah Tuan Hj M Fitri bin Abdullah dari PERKIM , KL.

Pertandingan Debat BA Peringkat Kebangsaan di USIM



27 Jun - Pertandingan Debat Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah telah diadakan di USIM. SAMTTAJ berjaya merangkul tempat ke 3 dlm pertandingan tersebut . Tahniah diucapkan.

29.6.11

Pengetua baru SAMTTAJ

13 Jun - Selamat datang diucapkan kepada Puan Ramlah binti Mahmood , Pengetua baru SAMTTAJ , Shah Alam yang menggantikan Puan Asmawati binti Ahmad Ishak yang berpindah ke SAM Nurul Iman , Klang.
Semoga kehadiran puan di sekolah dapat meneruskan kecemerlangan SAMTTAJ ke peringkat yang lebih  gemilang. Sesungguhnya budaya kerja berpasukan patut diterapkan dalam setiap individu khususnya guru-guru dan kakitangan sokongan di SAMTTAJ.

15.6.11

SAMBUTAN HARI GURU SAMTTAJ 2011





Rabu, 15 Jun 2011- Sambutan hari guru SAMTTAJ telah diadakan pada 15 Jun 2011 dengan meriahnya. acara ini adalah acara tahunan yang akan diadakan bagi menghargai jasa-jasa guru yang telah mendidik pelajar dengan komitmen yang tinggi dan penuh sabar. Acara dimulakan dengan sukaneka oleh para guru diikuti dengan acara dewan yang penuh dengan meriah antaranya nyanyian lagu Guru Malaysia, persembahan guru dan pelajar. Berikut adalah suasana sambutan hari guru peringkat SAMTTAJ..






9.5.11

BENGKEL HAJI




Bengkel Haji bagi pelajar tingkatan 4 & 5

Tarikh : 27/4

Tempat : Dewan Besar , Dataran SAMTTAJ

MAJLIS HARI KECEMERLANGAN PELAJAR 2010


Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar 2010.

Tarikh : 24/4

Tempat : Dewan Besar SAMTTAJ

KAMIL PERINGKAT NEGERI SELANGOR



Kemahiran Amal Islami Peringkat Negeri Selangor

Anjuran JAIS

Tarikh : 23/4

Tempat : SAM Bestari , Subang Jaya

Kursus Pertolongan Cemas PBSM


Kursus Pertolongan Cemas PBSM

Tarikh : 2,9,16/4

Tempat : Kolej Sunway

Peserta : 24 orang ahli PBSM SAMTTAJ

Pertandingan Kawat Kaki Kadet Bomba dan Kadet Polis




Pertandingan Kawat Kadet Bomba dan Kadet Polis Peringkat Daerah Petaling Perdana

Tarikh : 13/4

Tempat : SAM Bestari

8.5.11

Pertandingan kawat kaki KRS

Pertandingan kawat kaki KRS Peringkat Daerah Petaling Perdana

Tarikh : 12/4

Tempat : SAM Bestari , USJ Subang Jaya

Majlis Kesyukuran SPM 2010


Majlis Kesyukuran untuk calon SPM 2010.

Tarikh : 8 /4 / 2011

Tempat : Dewan Besar SAMTTAJ

MTQ Syarahan Bahasa Arab Peringkat Daerah Petaling Perdana

MTQ Syarahan Bahasa Arab Peringkat Daerah Petaling Perdana
Tarikh : 2/4
Tempat : SMK Seksyen 18 , Shah Alam

Wakil SAMTTAJ , saudara Zafri bin Othman telah merangkul gelaran juara .
Tahniah diucapkan.

6.4.11

KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL) SARINGAN DEBAT ALA PARLIMEN







TARIKH : 23 MAC 2011
MASA : 8.00 PAGI
LOKASI : PUSAT SUMBER SAMTTAJ, DEWAN MINI ASRAMA, DEWAN MAKAN ASRAMA
SASARAN : SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN, NEGERI SELANGOR

FIRQAH SUKAN PERMAINAN







TARIKH : 23 MAC 2011
MASA : 3.30 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT : BOLA SEPAK (L) - PADANG SEKOLAH, BOLA TAMPAR (P)- GELANGGANG BOLA TAMPAR, BOLA BALING (P) - GELANGGANG FUTSAL

ORIENTASI STAM SESI 2011





TARIKH : 03 MAC 2011
MASA : 3.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN SEMINAR, SAMTTAJ
SASARAN : TINGKATAN 6 STAM

KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL) PERINGKAT SEKOLAH










1-2 Mac


Selasa & Rabu


Tempat : SAMTTAJ

29.3.11

KEPUTUSAN SPM TAHUN 2010


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010 kerana berjaya meningkatkan GPS sekolah kepada yang lebih baik. Tahniah sekali lagi. Tahniah juga diucapkan kepada Pn. Asmawati binti Ahmad Ishak selaku pengetua kerana membuat perancangan yang baik bagi melahirkan insan kamil yang seimbang duniawi dan ukhrawi berlandaskan al-Quran dan As-sunnah. Tahniah juga kepada guru-guru subjek yang bertungkus-lumus membantu pelajar dalam persiapan menghadapi SPM.

Di sini disenaraikan senarai nama pelajar yang memperoleh 11A dalam SPM 2010

1. NUR JANNAH NOR 'AZAM
2. SYAZA IZHAR HISHAM
3. AISYAH SHAHIRA ABDUL HAMID
4. MUHAMMAD FAKRUDDIN GHAZALI
5. MUHAMMAD NAIM MUSTAFA
6. NOR IMAN FITRI NOR HANEM
7. MUHAMMAD AZMI OMAR
8. SITI KHADIJAH SHAHNON
9. SITI SARA HAMIDUN
10. MUHAMMAD HAZWAN OMAR
11. MOHD ADLI BADARUDIN
12. FATIN IZZATI HASNUL HADI

KEPUTUSAN SPM

11 A = 12 orang
10 A = 4 orang
9 A = 7 orang
8 A = 9 orang
7 A = 17 orang
6 A = 21 orang
5 A = 23 orang
4 A = 12 orang
3 A = 15 orang
2 A = 6 orang
1 A = 3 orang
0A = 2 orang

GPS = 2.52 (BPI sistem)

Tahniah diucapkan dan diharap kita akan memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang demi mencapai visi sekolah SAMTTAJ UNGGUL 2013. Amin.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Wassalam.

20.3.11

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2010



SLIP KEPUTUSAN SPM YAHUN 2010 AKAN DIEDARKAN PADA :


TARIKH : 23HB MAC 2011

MASA : BERMULA JAM 10.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN ANGGERIK, SAMTTAJ.


ETIKA PAKAIAN PELAJAR LELAKI :

BAJU KEMEJA / T-SHIRT BERKOLAR (KEMAS)

SELUAR SLACK (JEANS TIDAK DIBENARKAN)

BERKASUT (BERSESUAIAN)


ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN :

BAJU KURUNG / JUBAH / PAKAIAN LABUH / SOPAN

TUDUNG BULAT / TUDUNG LABUH

BERKASUT (BERSESUAIAN)


JIKA MENDAPAT KEPUTUSAN 7A KE ATAS, SILA BERIKAN NO AKAUN BSN ATAU TABUNG HAJI KEPADA GURU KELAS. TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SAMTTAJ

28.2.11

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)








Tarikh : 26 Februari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seminar, SAMTTAJ
Sasaran : Semua Guru dan Staf Sokongan SAMTTAJ


Program ini khusus untuk guru guru dan staf SAMTTAJ. Diadakan di dewan seminar bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari . Tajuk dalam ceramah program : Integriti dalam perkhidmatan.

Program Mukhayyam Tingkatan 1-3 SAMTTAJ












25-26/2/2011 - Program ini diadakan di SAMTTAJ bertujuan untuk mengisi jiwa para peserta dengan keinsafan dan keimanan terhadap Ilahi. Selain itu peserta diberikan motivasi untuk memajukan diri bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat .

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP