10.11.10

MAJLIS DIALOG BERSAMA DATO' DR. A. SAMAD SAID


SAMTTAJ, 9 NOV 2010 - Satu lagi sejarah telah tercipta di SAMTTAJ, apabila seorang tokoh tersohor telah menjejaki bumi SAMTTAJ. Dikenali dengan sikap kesederhanaan, berfikiran kreatif, dan minda yang tajam. Siapa lagi jikalau bukan, sasterawan negara kita, Dato' Dr. A. Samad Said atau lebih sinonim dengan panggilan Pak Samad.

Sejak awal lagi para pelajar teruja menyambut ketibaan seorang tokoh negara, memasuki dewan. Kehadiran beliau pada pagi ini adalah untuk program Sesi Dialog Bersama Sasterawan Negara merupakan program dibawah minggu Kem Membaca 1Malaysia. Moderator bagi sesi dialog tersebut ialah Saudara Uthaya Sankar SB, seorang penggiat sastera yang tidak asing lagi. Pelbagai soalan telah diajukan oleh beberapa orang pelajar dan guru kepada Pak Samad. Pak Samad dengan mesra menjawab soalan pelajar dengan gaya yang penuh dengan susunan bahasa yang enak di dengar membuatkan 850 warga dewan terpaku dan tekun mendengar kata-kata beliau yang serba sedikit menceritakan tentang kehidupan beliau sepanjang penglibatannya di dalam bidang kesusasteraan. Jelas sekali beliau Sasterawan Negara, karyanya disanjung dari generasi ke generasi.

Sesi dialog berakhir setelah dua jam berlangsung, namun masih ramai yang mahu mengutarakan soalan membuatkan saudara moderator menghentikan sesi dialog. pak Samad mengakhiri sesi dengan mendeklamasikan sajak yang bertajuk ...... Apa yang lebih istimewa pada hari ini ialah Pn. Pengetua, Pn . Asmawati bt. Ahmad Ishak telah meraikan Hari Lahir beliau bersama-sama Pak Samad..

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP