23.11.10

IBADAH QURBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1431H

18 Nov, 2010- Sempena dengan Hari Raya Aidiladha 1431H, pihak SAMTTAJ telah menganjurkan program ibadah qurban yang diadakan pada 12 Zulhijjah 1431H, bersamaan 18 Nov. 2010. Ustaz Ahmad Sapuan b. Nayan dari Bahagian dakwah,JAIS telah dijemput untuk melaksanakan sembelihan dengan dibantu AJK guru dan Staf SAMTTAJ. Para guru, staf dan pelajar telah bekerjasama melapah dan memotong daging dan seterusnya diserahkan kepada Ketua AJK masakan, Pn. Siti Norriah bt. Ramli untuk dimasak. Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan semua Guru, Staf dan pelajar menjamu selera di Bengkel masakan KHB.

1 comment:

  1. Salam.. tumpang tanya.. rasanya ramai yang tak tahu... bagi pelajar asrama, kena pakai baju asrama dulu ke atau pakai baju sukan terus untuk bergtong royong?

    ReplyDelete

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP