3.8.10

MAKAN MALAM SERIBU SATU MALAM SAMTTAJ





30 Julai 2010- Bertempat di hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Majlis Makan Malam SAMTTAJ Anjuran PIBG dan ALUMNI SAMTTAJ SHAH ALAM telah diadakan dengan jayanya. Walaupun pendaftaran ditetapkan pada jam 8.00 malam, namun ramai yang datang seawal jam 7.00 mlm utk mengelakkan kesesakan lalulintas. Majlis dimulakan tepat Jam 9.00 malam dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Sdr. Ahmad Azri Azroie b. Hashim Fahmi seterusnya ucapan pembukaan oleh Pengetua SAMTTAJ, Pn. Asmawati bt. Ahmad Ishak dan diikuti dengan ucapan YDP PIBG YB Dr. Hj. Yaakob b. Sapari . Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Solekhan b. Roup, Pen. Pengarah Unit Pembangunan Kemanusiaan, BPI JAIS. Seiring dengan penubuhan rasmi ALUMNI SAMTTAJ SHAH ALAM, majlis pelancaran telah di laksanakan oleh perasmi yang juga ahli ALUMNI SAMTTAJ. Sambil tetamu menjamu selera majlis dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan sajak oleh pelajar-pelajar SAMTTAJ. Turut disediakan acara cabutan bertuah sebanyak 50 cabutan. Alhamdulillah majlis ini telah mencatatkan kehadiran lebih kurang 350 tetamu. semoga dengan majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di antara ALUMNI SAMTTAJ, PIBG dan pentadbiran SAMTTAJ.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP