23.7.10

Pesta Pantun 2010 ( Zon & Daerah )

Di SMK Seksyen 19 Shah Alam ( Peringkat Zon )

Menunggu perlawanan antara Samttaj - SMK USJ 23 ( Zon )

Barisan Pemantun SAMTTAJ - SMK Bandar Kinrara ( Peringkat Daerah )

Perlawanan Akhir Antara SAMTTAJ - SAMBEST di Kinrara , Puchong


Pasukan pemantun Samttaj telah menjuarai Pesta Pantun 2010 dalam peringkat Zon Shah Alam dan Daerah Petaling Perdana yang lalu. Antara sekolah yang ditewaskan ialah SAMBEST, SMK USJ 23, SMK SEKSYEN 16 dan lain-lain. Wan Mohd Fakhri telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik untuk Peringkat Zon Shah Alam manakala Mohd. Hazwan telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik bagi peringkat Daerah Petaling Perdana. Selama 2 tahun, Samttaj tidak berpeluang untuk meneruskan perjuangan mereka ke peringkat negeri, namun perlawanan akhir yang menyaksikan SAMTTAJ menentang SAMBEST ini cukup memuaskan. Mereka telah pun mewakili daerah untuk ke peringkat Negeri Selangor di SMKA Kuala Selangor. Tahniah diucapkan !

14.7.10

Tarikh: 12 Julai 2010 – 16 Julai 2010
Masa : 7.30 am – 2.30 pm
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ dan kelas-kelas yang terlibat

Unit Peperiksaan SAMTTAJ telah menjalankan Ujian Penilaian Kurikulum yang ke-2 sepanjang minggu ini. Marilah kia bersama-sama mendoakan kejayaan mereka di masa akan akan dan menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat dengan sahsiah diri yang baik.

PDRM


Tarikh: 06 Julai 2010

Masa : 8.00 am – 4.30 pm

Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menyewa Dewan SAMTTAJ pada 06 hingga 08 Julai 2010 untuk tujuan menjalankan Ujian Khas.




Suasana ketika menjawab soalan ujian yang disediakan oleh pihak PDRM.





Semoga terus bertugas dengan amanah dan berbakti kepada Negara.


DATO' SYED AHMAD AL-SAGOFF

Tarikh : 28 Jun 2010

Masa : 8.30 am – 10.00 am

Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ






Dato’ Syed Ahmad al-Sagoff merupakan seorang pendebat yang hebat. Beliau dijemput khas untuk memberikan sedikit tips dalam menyampaikan pengucapan awam. Ini adalah kerana SAMTTAJ pada tahun ini berhasrat untuk melahirkan sekurang-kurangnya 10 Pendakwah yang petah bercakap. Hasrat ini disampaikan oleh YDP PIBG iaitu YB Yaacob Sapari. Oleh itu, pengucapan awam diadakan untuk melatih pelajar untuk menunjukkan bakat mereka.




  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP