4.5.10

Pengucapan Awam



Tarikh: 26 April 2010
Masa : 7.30 am
Tempat : Surau Ar-Raudhah

Pada hari tersebut, 3 orang pelajar telah menjadi wakil untuk menyampaikan pengucapan awam. Pelajar tersebut ialah Aisyah Syahira bt Abdul Hamid wakil pengucapan dalam Bahasa Arab, Saiful Anwar bin Abdul Rani wakil pengucapan Bahasa Melayu dan Muhammad Nabil Fikri bin Jupri wakil pengucapan dalam Bahasa Inggeris. Seterusnya, pada minggu akan datang akan dipilih secara undian oleh pentadbir sekolah. Ini merupakan salah satu dari aktiviti yang dijalankan untuk membina jati diri pelajar SAMTTAJ.

Qanun Madrasi


Tarikh : 23 April 2010
Masa : 7.30 am

Tempat : Surau Ar-raudhah, SAMTTAJ


Taklimat ini disampaikan oleh guru disiplin sekolah iaitu En. Mohamad Nizam Ahmad Sadali dan En. Sahrul Lail Mohd Shahir.

KEM NUR TUHAN

Tarikh : 29 April 2010 - 30 April 2010
Masa : 7.30 am (29 .04.2010) - 12.00 pm (30.04.2010)
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ
Sasaran : 162 orang pelajar tingkatan 1
Kehadiran : 158 orang

Kem ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Peningkatan Prestasi Akademik dan Sahsiah Tingkatan Satu (JPPSAS) dengan kerjasama Zydney Resources Sdn Bhd. Menurut pelajar, kem ini sangat menyentuh jiwa dan memberi kesan yang mendalam pada diri pelajar. Program ini dapat membantu memberi kesedaran kepada pelajar mengikut keadaan semasa.








  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP