21.4.10

PERSARAAN PK1 SAMTTAJ, SHAH ALAM, USTAZAH HAMIDAH BT. SUDIN






2 April 2010 - Pada tanggal ini, SAMTTAJ kehilangan seorang PK1 yang dikasihi diatas tamatnya perkhidmatan Pn. Hjh. Hamidah bt. Sudin yang memulakan hari persaraan beliau pada hari ini. Walaupun tarikh lahir beliau pada 4 April, namun disebabkan ia berlangsung pada hari ahad, maka hari Jumaat yang penuh barkah ini menyaksikan persaraan Ustazah Hamidah dalam suasana penuh hormat dan sebak. Ustazah Hamidah di mata warga SAMTTAJ adalah seorang ibu dan guru yang kami segani, rajin dan selalu menasihati guru-guru baru seperti penulis dan juga anak-anak murid dalam Bahasa Arab. Jasanya tidak ternilai dan nasihatnya akan kami ingat selalu.. TERIMA KASIH, SYUKRAN JAZILAN, THANK YOU...

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP