30.4.10

Debat Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan




Tarikh : 16 April 2010
Masa : 2.30pm
Tempat : UIA Gombak

SAMTTAJ telah menghantar 3 pasukan yang terdiri daripada pendebat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Turut mengiring Cik Rafidah, Puan Zawiyah dan Pn Nani serta 2 orang hakim iaitu En Abdul Samad dan En Muhammad Effendy. Pasukan pendebat Bahaa Melayu berjaya ke peringkat Octo Final. Tahniah diucapkan!!!

25.4.10

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SAMTTAJ SESI 2009

Tarikh : 11 April 2010
Masa : 9.00 am
Tempat : Dewan SAMTTAJ




Catatan : Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG. Majlis ini dihadiri anggaran 500 orang. Majlis ini diadakan untuk meraikan pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan seperti PMR, SMA dan SPM. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH PELAJAR TINGKATAN 2

Tarikh : 09 April 2010
Masa : 3.00 pm
Tempat : Surau Ar-Raudhah, SAMTTAJ


Catatan : Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. terdiri daripada 168 orang pelajar tingkatan 2. Program ini dijayakan oleh AJK JPPAS tingkatan 2 dan Tingkatan 6.

PELANCARAN BULAN BAHASA SAMTTAJ TAHUN 2010

Tarikh: 05 April 2010
Masa : 8.00 am
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ


Aktiviti yang akan dijalankan : Pengucapan Awam oleh pelajar-pelajar dalam 3 bahasa; Bahasa Melayu, English dan Bahasa Arab.

21.4.10

PERSARAAN PK1 SAMTTAJ, SHAH ALAM, USTAZAH HAMIDAH BT. SUDIN






2 April 2010 - Pada tanggal ini, SAMTTAJ kehilangan seorang PK1 yang dikasihi diatas tamatnya perkhidmatan Pn. Hjh. Hamidah bt. Sudin yang memulakan hari persaraan beliau pada hari ini. Walaupun tarikh lahir beliau pada 4 April, namun disebabkan ia berlangsung pada hari ahad, maka hari Jumaat yang penuh barkah ini menyaksikan persaraan Ustazah Hamidah dalam suasana penuh hormat dan sebak. Ustazah Hamidah di mata warga SAMTTAJ adalah seorang ibu dan guru yang kami segani, rajin dan selalu menasihati guru-guru baru seperti penulis dan juga anak-anak murid dalam Bahasa Arab. Jasanya tidak ternilai dan nasihatnya akan kami ingat selalu.. TERIMA KASIH, SYUKRAN JAZILAN, THANK YOU...

4.4.10

AKAN DATANG!! HARI KECEMERLANGAN SAMTTAJ TAHUN 2009


Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Terutama sekali diucapkan kepada pelajar tingkatan 3 tahun 2009 (PMR), tingkatan 4 tahun 2009 (SMA) dan tingkatan 5 tahun 2009 (SPM). Selain itu juga, pihak sekolah juga turut meraikan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 yang memperoleh keputusan yang cemerlang. Kejayaan anda semua adalah sumber inspirasi kepada warga SAMTTAJ untuk terus berjaya. Kekalkan usaha anda untuk kejayaan pada masa hadapan. Tahniah diucapkan. Untuk menghargai dan meraikan kejayaan anda, kami dari pihak pentadbiran sekolah serta PIBG SAMTTAJ akan mengadakan Hari kecemerlangan seperti butiran berikut:

Tarikh: 11 April 2010
Masa: 8.00 am - 12.30pm
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ
Pakaian Pelajar : Baju Uniform Sekolah Lengkap bertali leher
Pakaian Guru : Baju Batik

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak sekolah u.p. kepada Puan Sundusiah bt Bohari.

"KE ARAH SAMTTAJ CEMERLANG 2012"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH"

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP