29.3.10

Pertandingan Amal Islami Peringkat Sekolah



Tarikh: 02 Mac 2010 – 03 Mac 2010

Masa: 3.30 pm 02 Mac 2010

7.30 am 03 Mac 2010

Tempat : Seperti yang telah ditetapkan


Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat pelajar disamping menerapkan nilai amal islami yang baik di dalam diri setiap pelajar. Antara acara yang telah dipertandingkan ialah Tilawah, Tahfiz, Tafsir, Khutbah, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Bahasa Inggeris, Syarahan Bahasa Arab, Forum Terbuka, Tajhiz Jenazah, Nasyid, Debat Bahasa Melayu, Debat Bahasa Inggeris, Debat Bahasa Arab, Musamarah, Rawi dan Marhaban dan Khat. Pertandingan yang dipertandingkan ini dilawan mengikut firqah masing-masing iaitu Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan Al-Farabi. Padahari kemuncak iaitu pada 03 Mac 2010, keputusan pertandingan telah diumumkan setelah pertandingan nasyid akhir berlangsung. Kemenangan telah disandang oleh Rumah Ibnu Khaldun. Pemenang akan dihantar untuk bertanding di peringkat Zon iaitu pada 27 Mac 2010 di SAM Bestari. Tahniah diucapkan dan semoga mereka semua menjadi insan kamil yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Berjaya.



















No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP