29.3.10

Perjumpaan Calon SMA dengan Pengetua


Tarikh : 29 Mac 2010
Masa : 11.40 am
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ

Pelajar Tingkatan 4 dikumpulkan ke dalam Dewan Anggerik selepas waktu rehat. seramai 132 orang pelajar yang hadir pada hari tersebut. Ustaz Abdul Samad telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis menjemput Puan Asmawati bt Ahmad Ishak, selaku Pengetua SAMTTAJ untuk memberi amanat kepada mereka. Sebelum itu, pelajar ini telah diberi sedikit motivasi dan mukadimah oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Muhammad Effendy bin Abdullah. Di dalam perjumpaan ini, Pn. Asmawati menerangkan tentang keputusan SMA tahun 2009 dan perbezaan peratus pada tahun 2008 dan 2009. Di samping itu juga, Pn. Asmawati juga banyak memberi nasihat kepada pelajar untuk terus belajar dan berusaha untuk mencapai target sekolah.

Kemudian, pelajar ini digalakkan untuk memberitahu apa rintangan yang dihadapinya untuk mencapai tahap Mumtaz di dalam SMA 2010. Kemudian perkara ini dijawab oleh pengetua secara profesional. Selepas itu, Puan Hamidah binti Sudin juga dijemput untuk berkongsi pengalaman tentang peperiksaan SMA, lebih-lebih lai pada minggu ini merupakan minggu terakhir beliau di SAMTTAJ kerana beliau akan bersara pada 04 April 2010. Moga apa yang diamanatkan ini boleh terus diserap oleh pelajar dan membuka pintu hatinya untuk cuba yang terbaik untuk mengambil Peperiksaan SMA kelak. Teruskan usaha anda untuk menjadi Muslim kamil.




No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP