28.3.10

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Zon




Tarikh: 26 Februari 2010
Masa : 7.30am
Tempat : Stadium Malawati

Pihak SAMTTAJ telah menghantar 2 buah pasukan untuk menyertai perarakan ini. Perarakan ini di adakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Pasukan lelaki telah diketuai oleh Ustaz Abdul Rahim manakala pasukan perempuan pula diketuai oleh Cikgu Norliza Husin. Semua peserta dan guru-guru pengiring telah mengikuti perarakan ini dan menaiki bas bersama-sama pelajar pada jam 7.00am. setibanya di Stadium Malawati, cuaca pula yang tidak elok. Tetapi, walaupun cuaca tidak begitu baik, pasukan ini tidak berasa gentar. Dengan berbekalkan jiwa yang kental, pasukan ini berteduh diperkarangan stadium sehingga hujan reda. Alhamdulillah, hujan reda berkat doa bersama, acara perarakan ini diteruskan. Ucapan tahniah kepada pasukan perempuan kerana mendapat tempat ke-2 dalam perarakan tersebut. Tahniah! Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat.



No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP