18.3.10

Mesyuarat Agung PIBG ke – 13 tahun 2010





Tarikh : 31 Disember 2010

Masa : 8.30am

Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ

Pada hari tersebut, ibu bapa dijemput hadir untuk bersama-sama untuk menjayakan majlis ini. Terdapat pelbagai agenda utama yang diadakan pada hari tersebut. Antaranya ialah bayaran yuran sekolah, penyampaian hadiah RM100.00 kepada pelajar 9A, dan Mesyuarat Agung PIBG. Seramai 495 orang ibu bapa yang hadir. Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa di tempat letak kereta dan aktiviti pembayaran yuran di kelas-kelas tertentu. Kemudian, aktiviti pembayaran dihentikan buat sementara waktu untuk member laluan kepada Majlis penyampaian hadiah dan mesyuarat agung.

Aktiviti pembayaran ini akan disambung selepas mesyuarat tamat. Mesyuarat dimulakan dengan perbentangan kewangan oleh bendahari PIBG dan seterusnya perbentangan aktiviti oleh pengetua SAMTTAJ iaitu Puan Asmawati biinti Ahmad Ishak. Mesyuarat agung memutuskan untuk menambah aktiviti untuk pelajar yang lemah dan juga mengekalkan Ahli Jawatan Kuasa dan menukar ahli yang boleh memberi komitmen.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP