24.3.10

Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)



Tarikh : 05 Februari 2010 – 06 Februari 2010

Masa : 2.30 pm

Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ


Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Seramai 41 orang peserta telah menyertai kursus ini. Peserta-peserta ini terdiri daripada ahli Kelab Bimbingan dan Kerjaya dan 5 orang daripada Badan Pengawas Sekolah. Kursus ini lebih banyak menumpukan kepada memupuk sifat kepimpinan dan asas komunikasi yang betul. Para peserta telah dibekalkan dengan senaskah buku log dan pen untuk menulis isi penting serta refleksi yang diperoleh daripada setiap slot.



Sepanjang kursus ini, pelajar dapat belajar teknik komunikasi dengan betul. Pihak sekolah berharap agar pelajar-pelajar ini dapat menjadi contoh yang baik kepada semua pelajar tentang tatatertib berkomunikasi dengan masyarakat.





No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP