19.3.10

Karnival Sukan SAMTTAJ





Tarikh : 02 Februari 2010 – 04 Frebruari 2010

Masa : 7.30 am

Tempat : Padang Bola SAMTTAJ


Unit Kokurikulum SAMTTAJ telah mengadakan Karnival Sukan SAMTTAJ selama 3 hari berturut-turut. Hari sukan ini lain dari yang lain iaitu berbeza dengan tahun lepas di mana pihak sekolah telah menambah acara barlapan dalam sukan tahunan ini. Ini adalah satu kejutan yang memberansangkan dan menaikkan semangat sukan di dalam diri pelajar.



Sukan ini diadakan selama 3 hari iaitu pada 02 Februari hingga 03 februari 2010, diadakan saringan sukan acara barlapan. Antara acara yang diadakan ialah larian 100m, lontar peluru, lempar cakera, dan lompat jauh. Semua acara dibahagikan kepada 2 iaitu Menengah Rendah dan Menengah atas dan masih lagi mengikut Firqah masing-masing. Pengadil pula terdiri daripada setiap guru pembimbing setiap firqah.


Acara ini dijalankan secara serentak. Peserta yang dipilih dari setiap firqah diambil secara rawak. Lebih-lebih lagi yang mempunyai pengalaman di sekolah lama.


Pada hari kemuncak iaitu pada 04 Februari 2010, acara diadlkan pada waktu persekolahan. Bermula jam 7.30am sehingga jam 2.30pm. Acara dipengerusikan oleh En. Abdul Samad bin Mohamed dan Pn. Norliza binti Sharmen. Acara dimulakan dengan acara perbarisan rumah sukan dan unit beruniform. Kemudian, acara barlapan diteruskan untuk peringkat akhir iaitu 100m akhir lelaki dan perempuan mengikut kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas. Selain itu, antara acara yang istimewa yang diadakan ialah larian 100m untuk guru lelaki. Antaranya ialah En. Delvera Hafiz bin Masnel, En. Mohamad Kamal bin Misdar, En. Abdul Halim bin Yunus, En. Abdul Samad bin Mohamed, En. Muhammad Effendy bin Abdullah, dan 3 orang pelajar lelaki johan peringkat Menengah Rendah dan Menengah Atas.


Acara kemuncak diadakan pada jam 11.00am. semua pelajar dikumpulkan di Padang SAMTTAJ dan dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang. Juara keseluruhan disandang oleh Firqah Ibnu Khaldun.










No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP