29.3.10

Perjumpaan Calon SMA dengan Pengetua


Tarikh : 29 Mac 2010
Masa : 11.40 am
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ

Pelajar Tingkatan 4 dikumpulkan ke dalam Dewan Anggerik selepas waktu rehat. seramai 132 orang pelajar yang hadir pada hari tersebut. Ustaz Abdul Samad telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis menjemput Puan Asmawati bt Ahmad Ishak, selaku Pengetua SAMTTAJ untuk memberi amanat kepada mereka. Sebelum itu, pelajar ini telah diberi sedikit motivasi dan mukadimah oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Muhammad Effendy bin Abdullah. Di dalam perjumpaan ini, Pn. Asmawati menerangkan tentang keputusan SMA tahun 2009 dan perbezaan peratus pada tahun 2008 dan 2009. Di samping itu juga, Pn. Asmawati juga banyak memberi nasihat kepada pelajar untuk terus belajar dan berusaha untuk mencapai target sekolah.

Kemudian, pelajar ini digalakkan untuk memberitahu apa rintangan yang dihadapinya untuk mencapai tahap Mumtaz di dalam SMA 2010. Kemudian perkara ini dijawab oleh pengetua secara profesional. Selepas itu, Puan Hamidah binti Sudin juga dijemput untuk berkongsi pengalaman tentang peperiksaan SMA, lebih-lebih lai pada minggu ini merupakan minggu terakhir beliau di SAMTTAJ kerana beliau akan bersara pada 04 April 2010. Moga apa yang diamanatkan ini boleh terus diserap oleh pelajar dan membuka pintu hatinya untuk cuba yang terbaik untuk mengambil Peperiksaan SMA kelak. Teruskan usaha anda untuk menjadi Muslim kamil.




Pertandingan Amal Islami Peringkat ZON





Tarikh : 27 Mac 2010
Masa : 9.00 am
Tempat : SAM Bestari, USJ 5


Peserta setiap acara telah diberikan taklimat terperinci pada 26 Mac 2010 tentang tingkahlaku dan menjaga nama baik sekolah. Pada masa itu juga, pelajar telah diberi sokongan daripada guru-guru penasihat masing-masing. Pada hari pertandingan, 4 buah bas telah ditempah untuk membawa semua peserta ke SAM Bestari. Peserta berasa sangat berdebar. Pelajar juga amat berdisiplin di tempat pertandingan. Semua acara dijalankan secara serentak pada jam 9.00 am. tepat jam 12 tengahari, acara penyampaian hadiah diadakan di dalam dewan SAM Bestari. Semua peserta dan guru pengiring serta para hakim berkumpul di dalam dewan untuk menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang. Alhamdulillah, Peserta SAMTTAJ bersyukur mendapat tempat kedua secara keseluruhan. Peserta yang mendapat johan, akan mewakili negeri di USIM kelak. Selamat Maju Jaya. Syabas SAMTTAJ!!!

Majlis Kesyukuran dan Penghargaan




Tarikh : 26 Mac 2010
Masa : 8.00 pm
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ

Majlis ini diadakan adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada semua guru-guru yang banyak bertungkus-lumus dalam menjayakan sekolah serta banyak berkorban demi nama baik sekolah serta kejayaan pelajar-pelajar SAMTTAJ. salah satunya ialah kejayaan pelajar SAMTTAJ dalam keputusan SPM 2009 baru-baru ini yang agak memberansangkan. Oleh itu, pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan majlis ini untuk meraikan kejayaan guru-guru SAMTTAJ.

Majlis ini dihadiri oleh YDP PIBG SAMTTAJ, AJK PIBG, Pengetua, Barisan Pentadbiran, Guru-guru SAMTTAJ. Alhamdulillah Majlis ini berjalan dengan lancar.




Perkampungan Ilmu PMR, SMA, SPM


Tarikh : 12 Mac 2010 – 14 Mac 2010

Masa : 2.30 pm

Tempat : Dewan Anggerik (PMR), Dewan Mini (SPM), Surau Ar-Raudhah (SMA)


Perkampungan Ilmu merupakan program tahunan yang diadakan untuk membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka di dalam semua subjek yang dipelajari. Program ini akan dihadiri oleh guru matapelajaran untuk membantu mengesan kelemahan pelajar untuk diperbaiki. Program 3 hari 2 malam ini dapat memberi impak yang positif di dalam diri setiap pelajar. Program ini juga diadakan pada awal cuti sekolah. Ini adalah untuk memudahkan guru memberi tumpuan kepada pelajar ini untuk mengulangkaji dan memperbaiki kelemahan diri dalam menjawab soalan peperiksaan kelak nanti. Syabas kepada pelajar yang menghadiri program Perkampungan Ilmu ini. Tahniah diucapkan.


PMR





SPM




Keputusan SPM 2009



Tarikh : 11 Mac 2010

Masa : 11.00 am

Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2009!!


Senarai Nama Pelajar yang mendapat 11 A’s

1) MOHAMAD HUZAIDI B RABBI

2) MOHD AFIQ HANNAN B MOHD AZRI

3) NAWWAR HANNUN BT ABDUL MALEK

4) NOOR FAHERAH HIDAYAH BT AHMAD TAMIZI

5) SAKINAH BT ZULKARNAIN

6) ABDUL MUHAIMIN B CHE KAMARUDDIN

7) HANI SILMI BT MD LAZIN

8) IZZATI HANIS BT ABU HANIPAH

9) MUHAMMAD ESHAM BT SAMSUDIN

10) MUHAMMAD SYAFIQ BT AMINUDDIN

11) SITI HAJAR BT AL MUANSYAH

12) MUHD AMIR B MOHD SABRI







Buddy System


Tarikh: 06 Mac 2010
Masa : 8.30 am – 12.00 pm
Tempat : Dewan Makan Asrama

Buddy System ini adalah salah satu program anjuran Jawatankuasa Peningkatan Prestasi Akademik dan Sahsiah Pelajar Tingkatan 3. Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk memupuk pelajar untuk belajar secara berkumpulan. Mereka digalakkan untuk berbincang dan bertukar pendapat. Oleh itu, proses pembelajaran akan berjalan dengan lebih baik. Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada kumpulan kecil kumpulan ini akan digunakan semula pada masa akan datang. Setiap kali Buddy System diadakan, subjek yang akan dibincangkan itu juga akan berubah. Matapelajaran ini akan bertukar secara bergilir-gilir supaya pelajar dapat membuat ulangkaji bersama-sama rakan ahli kumpulan masing-masing. Buddy system ini akan diadakan setiap kali minggu tidak balik kampung.





Mentor Mentee




Tarikh : 05 Mac 2010
Masa : 7.30 am – 8.05 am
Tempat : Sekitar Kawasan SAMTTAJ


Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Mentor Mentee. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi motivasi secara kekeluargaan. Ini dapat membantu guru dalam menyelami perasaan dan masalah yang dihadapi untuk dikongsi dan dibincangkan untuk tauladan mentee. Guru adalah sebagai mentor iaitu membimbing pelajar di bawah jagaan mereka. Mentor dipilih melalui guru kelas masing-masing. Setiap kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan. Mentornya ialah guru kelas berkenaan dan seorang lagi adalah pembantu guru kelas. Terpulang kepada Mentor untuk membawa menteenya ke mana-mana.

Forum Kerjaya





Tarikh : 04 Mac 2010
Masa : 9.00 pm – 10.30 pm
Tempat : Dewan Anggerik, Samttaj

Pada 01 Mac 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program Minggu Kerjaya di peringkat sekolah. Sepanjang program ini diadakan, pelbagai acara yang telah dipertandingkan. Iaitu, Folio Kerjaya, Kain rentang, Poster dan Kuiz kerjaya. Kemudian, pada hari Khamis, jam 9.00 pm telah diadakan satu forum kerjaya. Forum kerjaya ini telah menjemput pelajar asrama sebagai penonton dan pelajar bukan asrama juga turut hadir bagi menjayakan forum ini. Guru-guru juga dijemput bagi menyokong program yang dijalankan ini. Ustaz Abdul Samad telah dijemput sebagai Moderator Forum. Pihak sekolah telah menjemput 2 orang yang mempunyai pengetahuan tentang kerjaya khususnya dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran dan kerjaya yang melibatkan keagamaan khususnya Agama Islam. Ini menarik minat pelajar untuk mendengar informasi yang disampaikan. Mereka menunjukkan rasa minat terhadap forum yang berlangsung ini. Mereka berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP