10.2.10

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2010

Tarikh : 05 Januari 2010
Masa : 8.00 am
Tempat : Dewan Anggerik SAMTTAJ





Seramai 138 orang pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar di sekolah ini pada hari tersebut. Pada hari berkenaan, ibu bapa dan penjaga membanjiri perkarangan Dewan Anggerik SAMTTAJ. berduyun-duyun kereta yang memakir kenderaan di dalam sekolah. Komitmen yang diberikan amat baik. Kaunter-kaunter pendaftaran turut dibuka bagi memudahkan peraliran pendaftaran ini. Sebanyak 4 kaunter yang dibuka semperna dengan program ini. Selepas mendaftar, ibu bapa, penjaga serta pelajar tingkatan 1 diberi taklimat khas oleh Pengetua SAMTTAJ, Puan Asmawati binti Ahmad Ishak. Beliau membentangkan segala akiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009. Ini adalah bertujuan untuk menaikkan semangat pelajar untuk terus belajar di sekolah ini tanpa rasa ragu-ragu.

Kemudian, ibu bapa, penjaga dan pelajar tingkatan 1 diberi taklimat mengenai Hal Ehwal Murid oleh Puan Zunaidah binti Wan Chik, serta taklimat ringkas mengenai peraturan asrama oleh ketua warden lelaki iaitu Encik Abdul Hallid. Pelajar juga diberi taklimat oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias mengenai program Orientasi Tingkatan 1. Selepas selesai taklimat, ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk menyambung semula proses pendaftaran anak jagaan mereka.

4 comments:

  1. salam,
    saya ingin bertanya.
    boleh ke memasuki sekolah ini semasa di tingkatan 3 walaupun sebelum ni tidak belajar di mana-mana seklolah agama?

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Khalidah96..
    Untuk pengetahuan cik, syarat untuk memasuki sekolah ini adalah ditetapkan oleh pihak JAIS sendiri iaitu pelajar yang pernah mengambil peperiksaan PSRA semasa di sekolah rendah. Walaupun terdapat sekolah yang mempunyai subjek BAHASA ARAB, tetapi agak berbeza semama di sekolah di bawah SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK). Ini kerana pelajar tingkatan 4 akan menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di mana semua ilmunya berdasarkan sukatan azhari yang ditetapkan oleh pihak JAIS sendiri. Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk di laman web rasmi JAIS. Harap Maklum.

    ReplyDelete
  3. As'salam,
    Saya ingai bertanya, apakah syarat-syarat kemasukan, kerana anak saya tahun ini akan menduduki peperiksaan PSRA.
    Bagaimana cara Pihak JAIS membuat pemilihan.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...saya juga ingin tahu apakah syarat kemasukan ke sana. harap boleh jelaskan.

    ReplyDelete

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP