10.2.10

Motivasi Pembentukan Jati Diri Muslim siri 1 (tingkatan 5)



Tarikh : 15 – 16 Januari 2010
Masa : 2.30 pm
Tempat : Dewan SAMTTAJ

Seramai 128 orang pelajar tingkatan 5 telah dipilih untuk meneyertai program motivasi ini. Motivasi ini dilajankan selama 2 hari 1 malam di Dewan Anggerik, SAMTTAJ. Program ini adalah tajaan dari YDP PIBG. Beliau telah menyediakan fasilitator yang berpengalaman. Program ini adalah sepenuhnya ditanggung oleh beliau. Pihak Masjid Negeri juga telah menyumbangkan makanan kepada para pelajar ini selama program ini dijalankan.

Kem Bina Insan Siri 1 (Tingkatan 3)




Tarikh : 09 Januari 2010
Masa : 7.30 am
Tempat : Impian Rimba Resort, Batu 22, Hulu Langat

Seramai 35 orang pelajar terpilih untuk mengikuti Kem Bina Insan Siri 1 ini. Kem ini adalah dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Guru pengiring yang mengiring pelajar ini ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zunaidah binti Wan Chik dan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Encik Muhammad Effendy bin Abdullah serta guru-guru lain yang memantau. Sebelum tiba di Impian Rimba Resort, pemandu bas telah silap menurunkan pelajar di Impian Country Resort. Ini kerana nama kem ini amat mengelirukan. Walaubagaimanapun, kesulitan ini dapat diselesaikan dan tiba ke tempat yang sepatutnya untuk melapor diri. Pihak konsultan, ZYDNEY RESOURCES sudah merancang pelbagai aktiviti untuk pelajar tingkatan 3 ini. Pelbagai aktiviti dan slot menarik disediakan untuk member kesedaran kepada pelajar selaras dengan objektif kem ini diadakan. Pada hari terakhir kem ini, slot terakhir telah memainkan peranan yang penting di mana ibu bapa turut dijemput untuk mengikut slot berkenaan iaitu slot ‘Restui Kejayaanku’. Pada majlis penutup ini, turut dihadiri oleh Puan Asmawati, pengetua SAMTTAJ 2010.

Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Tarikh : 06 Januari 2010

Masa : 7.30 am

Tempat : Dewan Anggerik

Pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang telah mendaftar akan menjalani sesi orientasi bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias dan Encik Muhammad Effendy bin Abdullah (Guru Bimbingan dan Kaunseling baru) selama 3 hari.

Program ini dirancang adalah untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk membantu pelajar ini menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru. 10 orang pengawas tingkatan 4 telah dipilih untuk membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menjayakan minggu orientasi ini. Pelbagai aktiviti yang dirancang untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Antaranya Ice breaking, Cintai SAMTTAJ, dan sebagainya. Sepanjang program ini juga, pelajar juga diberi taklimat oleh Unit Akademik oleh Ustazah Hamidah binti Sudin, Hal Ehwal Murid oleh Puan Zunaidah binti Wan Chik ,Ko-kurikulum oleh Puan Mazwin binti Mohamed , Perpustakaan oleh Puan Siti Kamariah binti Kamari, Disiplin oleh Encik Sahrullail bin Mohd Shahir, dan sebagainya. Taklimat ini sangat penting untuk membantu pelajar dalam mencari identiti diri di sekolah ini. Pihak Bimbingan dan Kaunseling juga turut memberi taklimat dan pendedahan awal mengenai kaunseling dan sebagainya. Pelbagai maklumat yang diperoleh oleh pelajar sepanjang minggu orientasi ini dijalankan. Diharap pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang telah dicurahkan dan berbakti kepada diri, keluarga, sekolah, agama, bangsa dan negara kerana Allah.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2010

Tarikh : 05 Januari 2010
Masa : 8.00 am
Tempat : Dewan Anggerik SAMTTAJ





Seramai 138 orang pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar di sekolah ini pada hari tersebut. Pada hari berkenaan, ibu bapa dan penjaga membanjiri perkarangan Dewan Anggerik SAMTTAJ. berduyun-duyun kereta yang memakir kenderaan di dalam sekolah. Komitmen yang diberikan amat baik. Kaunter-kaunter pendaftaran turut dibuka bagi memudahkan peraliran pendaftaran ini. Sebanyak 4 kaunter yang dibuka semperna dengan program ini. Selepas mendaftar, ibu bapa, penjaga serta pelajar tingkatan 1 diberi taklimat khas oleh Pengetua SAMTTAJ, Puan Asmawati binti Ahmad Ishak. Beliau membentangkan segala akiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009. Ini adalah bertujuan untuk menaikkan semangat pelajar untuk terus belajar di sekolah ini tanpa rasa ragu-ragu.

Kemudian, ibu bapa, penjaga dan pelajar tingkatan 1 diberi taklimat mengenai Hal Ehwal Murid oleh Puan Zunaidah binti Wan Chik, serta taklimat ringkas mengenai peraturan asrama oleh ketua warden lelaki iaitu Encik Abdul Hallid. Pelajar juga diberi taklimat oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Wan Nor Azizah binti Wan Alias mengenai program Orientasi Tingkatan 1. Selepas selesai taklimat, ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk menyambung semula proses pendaftaran anak jagaan mereka.

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP