26.1.10

Road Run 2010





23 JAN 2010- Pada hari Road Run, semua pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan lengkap. Semua pelajar berkumpul di tapak letak kereta SAMTTAJ untuk menjalani senaman regangan yang diketui oleh wakil pelajar. Setiap pelajar dikumpulkan mengikut Firqah masing-masing; Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd, Ibnu Sina, dan Al-Farabi. Kemudian pelajar dibahagikan kepada kategori menengah rendah dan menengah atas. Pelajar dibenarkan mengikut kategori masing-masing. Keputusan Road Run ini telah diumumkan di dalam Dewan Anggerik, SAMTTAJ. Keseluruhannya dimenangi oleh rumah Ibnu Khaldun. Selain itu juga, Ustaz Yahya juga diberi hadiah saguhati kerana satu-satunya guru yang menyertai Road Run ini. Ini adalah sebagai satu peransang kepada guru-guru yang lain untuk menyertai acara Road Run ini pada tahun hadapan. Pelajar perempuan dikehendaki lari sejauh 4 km manakala pelajar lelaki pula sejauh 5 km. Acara larian ini tamat pada jam 10 pagi diikuti dangan majlis penutupan acara road run yang dirasmikan oleh Pn. Mazwin bt Mohamed. Sijil telah diberikan oleh pengetua SAMTTAJ, Pn. Asmawati bt Ahmad Ishak kepada 15 pelari terpantas.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP