27.12.10

TAHNIAH CALON PMR SAMTTAJ 2010
















23 Disember 2010 - TAHNIAH! dan syabas diucapkan kepada semua calon PMR SAMTTAJ 2010 yang berjaya mengharumkan nama SAMTTAJ dengan keputusan yang cemerlang.

9A - 32 ORANG
8A - 36 ORANG
7A - 30 ORANG
6A - 15 ORANG

23.11.10

IBADAH QURBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1431H

18 Nov, 2010- Sempena dengan Hari Raya Aidiladha 1431H, pihak SAMTTAJ telah menganjurkan program ibadah qurban yang diadakan pada 12 Zulhijjah 1431H, bersamaan 18 Nov. 2010. Ustaz Ahmad Sapuan b. Nayan dari Bahagian dakwah,JAIS telah dijemput untuk melaksanakan sembelihan dengan dibantu AJK guru dan Staf SAMTTAJ. Para guru, staf dan pelajar telah bekerjasama melapah dan memotong daging dan seterusnya diserahkan kepada Ketua AJK masakan, Pn. Siti Norriah bt. Ramli untuk dimasak. Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan semua Guru, Staf dan pelajar menjamu selera di Bengkel masakan KHB.

12.11.10

10.11.10

MAJLIS DIALOG BERSAMA DATO' DR. A. SAMAD SAID


SAMTTAJ, 9 NOV 2010 - Satu lagi sejarah telah tercipta di SAMTTAJ, apabila seorang tokoh tersohor telah menjejaki bumi SAMTTAJ. Dikenali dengan sikap kesederhanaan, berfikiran kreatif, dan minda yang tajam. Siapa lagi jikalau bukan, sasterawan negara kita, Dato' Dr. A. Samad Said atau lebih sinonim dengan panggilan Pak Samad.

Sejak awal lagi para pelajar teruja menyambut ketibaan seorang tokoh negara, memasuki dewan. Kehadiran beliau pada pagi ini adalah untuk program Sesi Dialog Bersama Sasterawan Negara merupakan program dibawah minggu Kem Membaca 1Malaysia. Moderator bagi sesi dialog tersebut ialah Saudara Uthaya Sankar SB, seorang penggiat sastera yang tidak asing lagi. Pelbagai soalan telah diajukan oleh beberapa orang pelajar dan guru kepada Pak Samad. Pak Samad dengan mesra menjawab soalan pelajar dengan gaya yang penuh dengan susunan bahasa yang enak di dengar membuatkan 850 warga dewan terpaku dan tekun mendengar kata-kata beliau yang serba sedikit menceritakan tentang kehidupan beliau sepanjang penglibatannya di dalam bidang kesusasteraan. Jelas sekali beliau Sasterawan Negara, karyanya disanjung dari generasi ke generasi.

Sesi dialog berakhir setelah dua jam berlangsung, namun masih ramai yang mahu mengutarakan soalan membuatkan saudara moderator menghentikan sesi dialog. pak Samad mengakhiri sesi dengan mendeklamasikan sajak yang bertajuk ...... Apa yang lebih istimewa pada hari ini ialah Pn. Pengetua, Pn . Asmawati bt. Ahmad Ishak telah meraikan Hari Lahir beliau bersama-sama Pak Samad..

5.9.10


Salam Aidilfitri dari seluruh warga SAMTTAJ..



Sejarah Hari Raya Aidilfitri

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau AidiladhaHari Raya Fitrah atau Aidilfitri. artikel seterusnya... http://www.schoolnet.my/default.php?page=Sejarah%20Hari%20Raya%20Aidilfitri

29.8.10

Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan 2010






















Tarikh : 30 Julai 2010.Tempat Perlawanan : SMK Bdr Br Sintok Kedah.
Tempat Penginapan : Hotel EDC UUM , Kedah.
Piala : Piala Sirih Pulang Ke Gagang.






Kronologi perjalanan pertandingan :

1) Perlawanan Pertama : Negeri Selangor - Negeri Melaka
* Negeri Selangor memenangi pusingan pertama
* Wan Mohd Fakhri dinobatkan sebagai pemantun terbaik

2) Perlawanan Kedua : Negeri Selangor - Negeri Sabah Di Bawah Bayu
* Negeri Selangor memenangi pusingan kedua
* Saiful Anwar dinobatkan sebagai pemantun terbaik

3) Peringkat Suku Akhir : Negeri Selangor - WP Putrajaya
* WP Putrajaya memenangi peringkat suku akhir
* Jurang perbezaan markah sebanyak 1.0

Juara keseluruhan : Negeri Johor Darul Takzim

25.8.10

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sekian Wallahu A'lam

SUMBER: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

23.8.10

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-4 KOPERASI SAMTTAJ SHAH ALAM BHD.





TARIKH: 23 OGOS 2010
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN ANGGERIK, SAMTTAJ
AGENDA:

1. Bacaan Doa
2. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Koperasi
3. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
4. Menimbang :-Laporan Lembaga Koperasi
- Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman

5. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit berakhir 31.3.2010
6. Memilih Anggota Lembaga Koperasi
7. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahun 2011
8. Melulus elaun-elaun lembaga
9. Melulus satu panel untuk mengaudit akaun koperasi
10. Menetapkan had maksima keterhutangan koperasi.
11. Melantik Satu J/K yg terdiri drpd 4 org ALk dan dan 6 orang anggota untuk menentukan deraf minit Msyrt Agung Tahunan.
12. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan lain koperasi.

10.8.10

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN OGOS-SEPTEMBER 2010




Tarikh : 9 Ogos 2010
Masa: 8.00 pagi
Dirasmikan oleh : Pn. Asmawati bt. Ahmad Ishak, Pengetua SAMTTAJ
Tempat : Dewan Anggerik SAMTTAJ

Acara:
Sempena dengan bulan kemerdekaan sepanjang Ogos dan September 2010, pelbagai acara akan diadakan seperti:

1) Mencipta Sajak
2) Melukis Poster
3) Menulis Esei
4) Membuat Sepanduk

Anjuran: Panitia Sejarah, Geografi dan Sivik

6.8.10

ANUGERAH KUALITI PENCAPAIAN PENDIDIKAN ISLAM DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA



Tarikh : 5 Ogos 2010
Tempat : SAMT Sultan Hishamuddin Jln. Kota Raja, Klang Selangor.
Acara : Anugerah Kualiti Pencapaian Pendidikan Islam dan Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama Negeri Selangor.
Anjuran : Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor
Perasmi: Tn. Sulaiman b. Wak, Pengarah Pelajaran Selangor

Senarai Anugerah yang diterima SAMTTAJ:

1) SABK Terbaik SPM 2009
2) Pelajar Cemerlang SPM 2009 - Muhammad Esham b. Samsudin
- Sakinah bt. Zulkarnain
3) Pelajar Terbaik SPM 2009 (Lelaki)(Kedua) - Muhammad Esham b. Samsudin
4) Pelajar Terbaik SPM 2009 (Perempuan)(Pertama)- Sakinah bt. Zulkarnain
5) Pelajar Cemerlang PMR 2009 - Muhammad Afiq b. Rosli
- Siti Aisyah bt. Mahmud
6) Pelajar Terbaik PMR 2009 (Lelaki) (Kedua) -Muhammad Afiq b. Rosli

Semoga dengan anugerah yang diterima dapat memberi motivasi untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.




5.8.10

SAMTTAJ di Mata Media.




Pesta Pantun Peringkat Negeri Selangor 2010 telah pun berlangsung di SMKA Kuala Selangor. Sebanyak 4 buah daerah telah pun berentap dan menonjolkan kehebatan masing-masing. Antaranya ialah Daerah Klang ( Kolej Islam Sultan Alam Shah ), Daerah Gombak ( SMK. Sg. Pusu ), Daerah Kuala Selangor ( SMK. Kuala Selangor ), dan Daerah Petaling Perdana ( SAMTTAJ ). Pasukan Pantun SAMTTAJ telah pun berjaya mengenepikan keempat-empat buah daerah tersebut dan sekaligus menumpaskan Daerah Kuala Selangor yang pernah mendapat Johan dalam Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan. Kemenangan pasukan Samttaj diserikan lagi dengan Anugerah Pemantun Terbaik Negeri Selangor yang diberikan kepada Saiful Anwar Bin Abdul Rani. Sejurus selepas itu, wartawan Berita Harian ( SKOR ) telah pun menemu bual pemantun-pemantun Samttaj dan GPK Kokurikulum Samttaj, lalu kisah mereka telah pun diterbitkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 4 Ogos 2010 dalam sisipan Skor. Tahniah diucapkan!

3.8.10

MAKAN MALAM SERIBU SATU MALAM SAMTTAJ





30 Julai 2010- Bertempat di hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Majlis Makan Malam SAMTTAJ Anjuran PIBG dan ALUMNI SAMTTAJ SHAH ALAM telah diadakan dengan jayanya. Walaupun pendaftaran ditetapkan pada jam 8.00 malam, namun ramai yang datang seawal jam 7.00 mlm utk mengelakkan kesesakan lalulintas. Majlis dimulakan tepat Jam 9.00 malam dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Sdr. Ahmad Azri Azroie b. Hashim Fahmi seterusnya ucapan pembukaan oleh Pengetua SAMTTAJ, Pn. Asmawati bt. Ahmad Ishak dan diikuti dengan ucapan YDP PIBG YB Dr. Hj. Yaakob b. Sapari . Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Solekhan b. Roup, Pen. Pengarah Unit Pembangunan Kemanusiaan, BPI JAIS. Seiring dengan penubuhan rasmi ALUMNI SAMTTAJ SHAH ALAM, majlis pelancaran telah di laksanakan oleh perasmi yang juga ahli ALUMNI SAMTTAJ. Sambil tetamu menjamu selera majlis dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan sajak oleh pelajar-pelajar SAMTTAJ. Turut disediakan acara cabutan bertuah sebanyak 50 cabutan. Alhamdulillah majlis ini telah mencatatkan kehadiran lebih kurang 350 tetamu. semoga dengan majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di antara ALUMNI SAMTTAJ, PIBG dan pentadbiran SAMTTAJ.

23.7.10

Pesta Pantun 2010 ( Zon & Daerah )

Di SMK Seksyen 19 Shah Alam ( Peringkat Zon )

Menunggu perlawanan antara Samttaj - SMK USJ 23 ( Zon )

Barisan Pemantun SAMTTAJ - SMK Bandar Kinrara ( Peringkat Daerah )

Perlawanan Akhir Antara SAMTTAJ - SAMBEST di Kinrara , Puchong


Pasukan pemantun Samttaj telah menjuarai Pesta Pantun 2010 dalam peringkat Zon Shah Alam dan Daerah Petaling Perdana yang lalu. Antara sekolah yang ditewaskan ialah SAMBEST, SMK USJ 23, SMK SEKSYEN 16 dan lain-lain. Wan Mohd Fakhri telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik untuk Peringkat Zon Shah Alam manakala Mohd. Hazwan telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik bagi peringkat Daerah Petaling Perdana. Selama 2 tahun, Samttaj tidak berpeluang untuk meneruskan perjuangan mereka ke peringkat negeri, namun perlawanan akhir yang menyaksikan SAMTTAJ menentang SAMBEST ini cukup memuaskan. Mereka telah pun mewakili daerah untuk ke peringkat Negeri Selangor di SMKA Kuala Selangor. Tahniah diucapkan !

14.7.10

Tarikh: 12 Julai 2010 – 16 Julai 2010
Masa : 7.30 am – 2.30 pm
Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ dan kelas-kelas yang terlibat

Unit Peperiksaan SAMTTAJ telah menjalankan Ujian Penilaian Kurikulum yang ke-2 sepanjang minggu ini. Marilah kia bersama-sama mendoakan kejayaan mereka di masa akan akan dan menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat dengan sahsiah diri yang baik.

PDRM


Tarikh: 06 Julai 2010

Masa : 8.00 am – 4.30 pm

Tempat : Dewan Anggerik, SAMTTAJ

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menyewa Dewan SAMTTAJ pada 06 hingga 08 Julai 2010 untuk tujuan menjalankan Ujian Khas.




Suasana ketika menjawab soalan ujian yang disediakan oleh pihak PDRM.





Semoga terus bertugas dengan amanah dan berbakti kepada Negara.


  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP