10.3.09

Kemahiran Amal Islami 2009 (KAMIL)



video

Pada hari rabu, 3 Mac 2009 telah diadakan Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL). Terdapat pelbagai acara-acara yang dipertandingkan seperti syarahan, khutbah, hafazan, tafsir Al-Quran, nasyid, rawi marahaban, musamarah, dan acara panas dan kontroversi iaitu debat. Penyelaras KAMIL dan pihak pentadbir serta guru-guru begitu bangga dengan komitmen yang ditonjolkan oleh para pelajar yang menyertai. KAMIL yang berlangsung selama 2 hari ini dimulakan dengan acara debat bahasa melayu dan bahasa inggeris dan diakhiri dengan majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah. Keputusannya, Ibnu Rushd telah menjuarai KAMIL sekaligus merangkul kejayaan sebagai Johan Keseluruhan Tahun 2009 diikuti Al-Farabi, Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina. Tahniah kepada pemenang dan jangan berputus asa bagi yang kurang bernasib baik. Cuba lagi pada tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP