29.3.09

JOHAN SYARAHAN BAHASA ARAB





Pada 26 Mac 2009, sekolah kita telah menghantar 2 orang wakil (lelaki dan perempuan) iaitu Syed Mohsen Alkaff dan Sakinah bt. Zulkarnain bagi acara pertandingan Syarahan Bahasa Arab Peringkat Daerah Petaling Perdana sempena Bulan Dakwah Negeri Selangor. Alhamdulillah, kedua-dua wakil kita telah berjaya mendapat johan. Terima kasih diucapkan kepada Guru Penasihat iaitu Pn. Zawiyah Ma'amur di atas usaha keras beliau melatih pelajar-pelajar tersebut.

25.3.09

Pencapaian yang mengagumkan, Mac 2009

Sepanjang bulan Mac, banyak pertandingan yang dianjurkan seperti forum, syarahan bahasa arab, debat bahasa melayu, pidato dan pantun pada peribgkat zon shah Alam. Alhamdulillah, dengan izin Allah, sekolah kita telah mengaut kejuaraan dalam semua acara. Antara pencapaian-pencapaian tersebut ialah :

Johan Forum Bahasa Melayu (Peringkat Zon):
1) Faez Ehsan b. Supian (Pengerusi terbaik)
2) Esham b. Samsudin (Panel forum terbaik)
3) Siti Yusra
4) Nurul Azizah bt. Mukhlas

Johan Pidato Piala Di Raja (Zon):
Mohd. Farid b. Abdul Rasid

Johan Bahas Bahasa Melayu:
1) Syed Mohsen Alkaff b. Syed Abu Bakar Alkaff (pendebat terbaik)
2) Saiful Anwar b. Mohd. Rani
3) Aisyah Syahira bt. Abdul Hamid
4) Siti Khadijah bt. Shahnon
5) Nurshuhadah bt. Mohd. Najib

Johan Pantun (Peringkat Zon):
1) Saiful Anwar bt. Mohd. Rani
2) Muhammad Hazwan b. Omar
3) Wan Mohd. Fahkhri b. Wan Mohd. Rosli
3) Nur Zulaiha bt. Aslan

Kesemua peserta ini akan mewakili daerah Petaling Perdana bagi pertandingan peringkat daerah. Tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu atas kejayaan-kejayaan tersebut.

Selain daripada itu, pasukan Bola Sepak SAMTTAJ juga melakarkan kejayaan yang membanggakan dengan layak mewakili daerah Petaling Perdana ke Kejohanan Sukan MSS Selangor. Tahniah dan Syabas diucapkan.



17.3.09

SPM 2008-Result!!

TAHNIAH DAN SYABAS!

SAMTTAJ MENGUKIR KEJAYAAN CEMERLANGNYA SETELAH KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN PADA 12 MAC 2009

BERIKUT ADALAH ANTARA PELAJAR CEMERLANG SPM 2008

12 A
SALHA BT. MOHD. FADIL
NUR AMIRAH BT. ARIFFIN
NUR IZYAN HANISAH BT. SHAHUL IKRAM

11 A
AINA NAZIRA ABDUL HALIM
FARAHTUL AIN BT. MUSA
MOHAMAD FARHAN B. ABD. RAZAK

9A
SITI SIRYANI BT. SOFIAN
NURUL NABILAH BT. NOOR RAZMAN


Semoga Kejayaan mereka menjadi pendorong kepada semua calon pelajar SPM tahun 2009 dan seterusnya. TAHNIAH!

10.3.09

Kemahiran Amal Islami 2009 (KAMIL)



video

Pada hari rabu, 3 Mac 2009 telah diadakan Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL). Terdapat pelbagai acara-acara yang dipertandingkan seperti syarahan, khutbah, hafazan, tafsir Al-Quran, nasyid, rawi marahaban, musamarah, dan acara panas dan kontroversi iaitu debat. Penyelaras KAMIL dan pihak pentadbir serta guru-guru begitu bangga dengan komitmen yang ditonjolkan oleh para pelajar yang menyertai. KAMIL yang berlangsung selama 2 hari ini dimulakan dengan acara debat bahasa melayu dan bahasa inggeris dan diakhiri dengan majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah. Keputusannya, Ibnu Rushd telah menjuarai KAMIL sekaligus merangkul kejayaan sebagai Johan Keseluruhan Tahun 2009 diikuti Al-Farabi, Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina. Tahniah kepada pemenang dan jangan berputus asa bagi yang kurang bernasib baik. Cuba lagi pada tahun akan datang.

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP