15.12.09

PERATURAN MENGAMBIL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Pengumuman ini ditujukan kepada semua pelajar tingkatan 3-tahun 2009.

Sila ambil perhatian bahawa, peraturan berpakaian yang ditetapkan semasa mengambil keputusan peperiksaan PMR akan datang adalah seperti berikut:

1) Berpakaian Sekolah.
2) Berambut Pendek dan kemas (pelajar lelaki)

Pelajar yang belum menjelaskan yuran-yuran berkaitan sekolah dan asrama sebelum mengambil keputusan bagi mengelakkan keputusan peperiksaan anda ditahan. Sila ambil maklum.

20.10.09

PEPERIKSAAN SMA 2009

Pyzam Glitter Text Maker

Kami guru-guru SAMTTAJ mendoakan kejayaan anda semua AMIN


12.10.09

JEMPUTAN..



Jemputan Bilik Terbuka
Bilik Guru LELAKI SAMTTAJ
1000 - 1230
di Bilik Guru Lelaki
( Semua Ibu-ibu Guru dan Kakitangan SAMTTAJ dijemput Hadhir)
( Bekas Pelajar SAMTTAJ dialu-alukan untuk menyumbang makanan )

11.10.09

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) 2009



Slot 1: Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam
Penceramah : En. Ahmad Shaffie b. Kasdu
Slot 2: Tatatertib dan Tatakelakuan Penjawat Awam
Penceramah: Pn. Salina dan Pn. Erni Masnita
Tempat : Dewan Seminar, Kolej Jati UiTM Shah Alam.

LADAP slot akhir 2009- Alhamdulillah, guru-guru SAMTTAJ dengan jayanya telah menghadiri LADAP slot akhir ini dengan jayanya. Slot pertama telah disampaikan dengan berkesan oleh En. Ahmad Shaffie b. Ahmad Kasdu dari JPN Selangor. Antara isi ceramah ialah maksud nilai dan etika serta elemen-elemen dalam Tonggak 12. Slot kedua pula disampaikn oleh Puan Salina dan Pn. Erni Masnita dengan pembentangan kod-kod peraturan Tatatertib dan Tatakelakuan Penjawat awam. Dalam sesi soaljawab guru-guru dibawa kepada perbincangan contoh2 kes yang pernah berlaku dan hukuman yang dikenakan. Secara keseluruhan kedua-dua slot banyak memberi pendedahan yang amat bermanfaat kepada guru-guru sebagai penjawat Awam. Di akhir sesi Pn. Siti Kamariah selaku penyelaras, mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua yang menjayakan LADAP 2009. Jumpa lagi untuk LADAP 2010.

7.10.09

MAJLIS RESTU ILMU PMR DAN SMA



Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Majlis Restu Ilmu pada 2 Oktober (PMR dan 5 Oktober (SMA) bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 sempena dengan peperiksaan PMR dan SMA yang sedang berjalan pada 7 -13 Oktober 2009 dan SMA pada 20- 22 Oktober 2009. Dalam Majlis tersebut pelajar diberi nasihat dan amanah serta restu daripada guru-guru yang mengajar. Para pelajar dibekalkan dengan cenderahati berupa kotak pensil, pensil, pen dan pemadam sebagai simbolik amanah. Semoga dengan Majlis seumpama ini semua calon dapat melakarkan kejayaan luarbiasa buat sekolah amnya dan calon sendiri khasnya.

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009




5 Oktober- Sempena bulan Bahasa Kebangsaan 2009, Ketua Bidang Bahasa SAMTTAJ dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan mangadakan majlis pelancaran. Bulan Bahasa Kebangsaan adalah program peringkat Kebangsaan yang diadakan sepanjang bulan Oktober ini telah dilancarkan pada hari Ahad, 4 Oktober, di Kuching, Sarawak. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantap, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.

D iperingkat SAMTTAJ, acara yang diadakan ialah Debat alaPparlimen oleh Pihak Kerajaan Sakinah Zulkarnain, Mohd. Esham Samsuddin, Syed Mohsen Alkaff Syed Abu Bakar Alkaff dan di pihak Pembangkang diwakili oleh  Aisyah Sayhira bt. Abdul Hamid ,Saiful Anwar b. Abdul Rani dan Mohd. Farid b. Rashid, Bacaan sajak dideklamasikan oleh Syahrizam b. Abdul Sani.

TOYOTA ECO YOUTH

<
Tajuk : Toyota Eco Youth
Tarikh : 7 Oktober 2009
Masa : 1.30 ptg - 3.00 ptg
Tempat : Hotel Concorde, Shah Alam.
Peserta: 40 orang pelajar tingkatan 4 SAMTTAJ
Guru Pengiring : Pn. Sundusiah bt. Bohari
Uztaz Halim

SAMTTAJ telah dijemput ke Hotel Concorde untuk melihat penciptaan teknologi terkini yang mampu memelihara alam sekitar. Lawatan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UMW, TOYOTA. Majlis Konvensyen ini disertai oleh beberapa sekolah yang mewakili negeri masing-masing dari seluruh Malaysia. Aktiviti yang dijalankan ialah, treasure hunt dan kuiz. SAMTTAJ telah berjaya menumpaskan SMK TTDI Jaya dalam pertandingan kuiz Toyota Eco Youth. Dalam acara treasure hunt 2 kumpulan dari SAMTTAJ telah memenangi dalam acara tersebut. Program ini dapat menyemai semangat cinta Alam Sekitar dikalangan pelajar.

1.10.09

SALAM EIDULFITRI



Salam Eidul Fitri kepada seluruh warga SAMTTAJ

9.9.09

PASUKAN BOLA JARING SAMTTAJ MEMBANGGAKAN..






Tajuk : Kejohanan Bola Jaring Olimpik Muda MSSD & MSSM selangor.
Tempat : 1. MSSD : Dewan D'Kelana, Kelana jaya
2. MSSM : SMK Syed Mashor, Batang Kali

Nama Pemain :
1. Maryam Jamilah Ahmad Subki ( Kapten)
2. Iklil Najah Sallehuddin
3. Nurain Zahida
4. Nadiah Ab Rahim
5. Tgku Nurazlin Syuhada Ku Abd Salam
6. Intan Mariam
7. Fairuz Azzahra

Pengurus Pasukan / Guru Penasihat:
Pn Syazlin Elisa Abdullah

Jurulatih
Sharifah Noor Haliza Ishak

Guru Pengiring/ Guru Penasihat:
1.Pn. Norazura Harun
2.Pn. Fairozah Mohamad @ Haron

Kejayaan :

* MSSD Petaling Perdana : Naib Johan Keseluruhan
* MSSM Selangor : Johan Divisyen 2

Catatan :
1. Mssd Petaling Perdana ( 22 & 23 Julai 2009)

Pasa peringkat akhir, Samttaj ditewaskan oleh SMK TTDI Jaya dengan mata 10 - 11. Bertukar tempat dengan tahun yang lepas (2008) dimana SMK TTDI Jaya di tempat ke-2. Namun begitu, kedua-dua buah sekolah layak mewakili sekolah di Petaling Perdana ke MSSM Selangor. tahniah diucapkan kepada SAMTTAJ dan juga SMK TTDI JAYA.

2. MSSM Selangor ( 7 & 8 Ogos 2009)

Kejohanan yang berlangsung di Hulu Selangor. Pada peringkat awal perlawanan, SAMTTAJ mempunyai banyak kekangan dari segi kesihatan utamanya. terdapat 2 orang pemain yang kurang sihat . Kekalahan yang pertama tidak mematahkan semangat pemain bola jaring sekolah kerana menebus kembali pada perlawanan yang ke-2 & 3. Perlawanan sengit dapat disaksikan pada perlawanan akhir, dimana SAMTTAJ vs SMK Sains Hulu Selangor. namun, nasib tidak menyebelahi SAMTTAJ.

Namun perjuangan masih belum selesai kerana SAMTTAJ akan ke perlawanan kumpulan Divisyen 2 pada keesokan harinya. Dengan azam dan niat yang kukuh, akhirnya SAMTTAJ menjuarai Johan Kumpulan Divisyen 2. Tahniah diucapkan sekali lagi. Semoga menjadi panduan kepada pemain-pemain yang akan datang.

30.8.09

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-52


6.8.09

MAJLIS HI-TEA TINGKATAN SATU 2009



6 Ogos 2009 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar tingkatan satu kerana berjaya mengadakan majlis Hi-Tea bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan Pertengahan tahun. Kesungguhan mereka mengadakan majlis ini memang patut mendapat pujian. Kehadiran pengetua dihujung acara menambahkan lagi semangat mereka. Walaupun terdapat beberapa masalah teknikal, itu adalah adat, anda sepatutnya menjadikan ia sebagai cabaran.. teruskan usaha anda.. Jgn tinggalkan pelajar walaupun ketika sibuk Ok..

3.8.09

LAWATAN PENANDA ARAS-SMK KUBANG BEMBAN, PASIR MAS, KELANTAN




2 OGOS 2009- Akhirnya Guru-guru kami ke Kelantan, Hasrat ke Sekolah Angkat Menteri Pelajaran Malaysia, SMK Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan akhirnya terlaksana. Sambutan yang diberikan oleh Pengetua SMK Kubang Bemban amat menghiburkan kami dengan keramahan beliau serta beliau bersedia untuk berkongsi Ilmu tentang rahsia kejayaan sekolah yang mengungguli Sekolah Harian Terbaik (PMR) seluruh Kelantan pada tahun 2008. Seterusnya sekolah tersebut telah dipilih menjadi sekolah Angkat Menteri Pelajaran. Lihatlah gambar-gambar sekitar lawatan kami, setiap sudut menarik hati kami. Harapan kami dengan lawatan ini sedikit sebanyak mana yang terbaik dapat diaplikasikan di SAMTTAJ.

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ




31 JULAI 2009- Dewan Anggerik Sekali lagi menjadi tumpuan pelajar SAMTTAJ, kali ini penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd. Ashraf b. Suarin (Imam Besar Masjid Kuala Selangor) telah menghangatkan suasana dewan dengan tayangan beberapa video yang menginsafkan berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj. Para pelajar telah menghayati sepenuhnya ceramah pada hari ini dengan penuh khusyuk dan minat. Pendekatan ustaz Ashraf nampaknya berjaya mencuri tumpuan pelajar SAMTTAJ walaupun hujan turun dengan lebat tatkala ceramah baru bermula. Ceramah diakhiri dengan salam ukhuwwah antara Guru dan Pelajar Tingkatan 5. Ceramah Anjuran BADAR SAMMTAJ ini perlu dikekalkan sebagai aktiviti tahunan. Tahniah BADAR, Tahniah Ustaz Ashraf..

HARI KOKURIKULUM SAMTTAJ 2009

29 JULAI 2009- Bertempat di Dewan Anggerik SAMTTAJ, Hari Kokurikulumm pada tahun ini berlangsung dalam suasana sederhana tetapi cukup meriah. Dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Perasmian penutupan oleh Pengetua SAMTTAJ, persembahan pelajar Taekwondo, Silat Gayung, Silat Cekak dan Pantun telah menghangatkan suasana dewan yang telah sedia hangat dengan Pelajar-pelajar dan guru SAMTTAJ. Pada majlis ini beberapa anugerah telah disampaikan oleh Pengetua SAMTTAJ, Pn. Asmawati bt. Ahmad Ishak.

Kategori Pelajar:

1) Anugerah Sukarelawan Terbaik
2) Anugerah Kepimpinan Terbaik
3) Pasukan Terbaik
4) Pelajar Harapan
5) Tunas Budiman
6) Anugerah Seri Budiman - Syahrizam

Kategori Guru:

1) Anugerah Kokurikulum
2) Anugerah Seri Budiman -Pn. Zawiyah Ma'amur dan Pn. Norliza bt. Husin

26.7.09

MINGGU PUSAT SUMBER SAMTTAJ

TARIKH : 6 - 10 JULAI 2009
TEMPAT : PSS SAMTTAJ, DEWAN SEMINAR , DEWAN ANGGERIK
ANJURAN : PSS SAMTTAJ
GURU TERLIBAT : PN. SITI KAMARIAH BT. KAMARI, PN. JAKIAH BT. AHMAF, PN. NORAZIZI BT. ABDULLAH DAN PN. NORAZURA BT, HARON.

AKTIVITI :
1. Mengadakan acara pertandingan cabaran solat, permainan tradisional, Spell It Right, Meja ilmu dan Rekacipta.
2. Memberi penganugerahan kepada pemenang Program NILAM tahap jauhari mengikut tingkatan.
3. Melibatkan guru-guru panitian matapelajaran bersama pelajar menyiapkan info penting dalam pertandingan Meja Ilmu.
4. Hadiah Buku berkualiti kepada pemenang sumbangan En. Azizan Hj. Hairum-Meniti Kreatif Enterprise.

Catatan :
Secara Keseluruhan program berjalan dengan baik dan sambutan pelajar amat menggalakkan. adalah diharapkan pada tahun2 akan datang pelajar akan terkibat dengan lebih aktif lagi..

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Tarikh : 19 Julai 2009
Masa : 2.30 - 6.00 ptg
Tempat : Dewan Anggerik SAMTTAJ
Penceramah : En. Khairuddin b. Ayip (SM Teknik Shah Alam)
Anjuran : Panitia Bahasa Melayu

Catatan :
Pelajar didedahkan dengan teknik Di+Ke, Ma+Se, N+A, dalam penulisan karangan. Teknik ini sangat membantu calon-calon SPM menghasilkan karangan yang hebta.. Semua pelajar diberi masa menyiapkan latihan karangan dibantu contoh-contoh pendahuluan yang menarik serta ungkapan kata-kata hikmat/peribahsa yang sesuai.

Secara keseluruhan, program ini sangat membantu calon2 SPM SAMTTAJ menjawab soalan dengan lebih yakin, karangan yang dihasilkan lebih matang dan menarik. Semoga semua calon dapat A1!

HARI SYARIAH



TARIKH : 17 & 18 JULAI 2009
TEMPAT : DEWAN BESAR DAN DEWAN SEMINAR
PENGELOLA: PANITIA SYARIAH
GURU : PN. RUZANA BT. MASBOR
PN. ROZANNA BT. AZHAR
PN. NORAZURA BT. HARON
PN. MAZIYATON BT. KASSIM

PESERTA : TINGKATAN 4 & 5
CATATAN:

Aktiviti yang dijalankan ialah acara sembelihan dan Amali Haji. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran sebenar kepada para pelajar cara melaksanakan ibadah Haji dan sembelihan yang betul. Penceramah yang ialah ustaz Safuan Nayan dari JAIS. secara keseluruhan aktiviti sembelihan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana peajar diberi peluang untuk menyembelih ayam. manakala amali haji pula hampir 80% objektif tercapai. Pelajar amat seronok dengan aktiviti ini. diharap aktiviti ini dapat dijalankan setiap tahun.

14.7.09

HARI KOPERASI SAMTTAJ 2009

Hari Koperasi SAMTTAJ 2009 telah berlangsung pada 4 - 7 Julai 2009. Program dimulakan pada hari Jumaat dengan program Buana, iaitu penanaman pokok herba sebagai simbolik acara setiap tahun. Diiringi dengan pembukaan jualan gerai oleh pelajar-pelajar SAMTTAj yang sememangnya bersemangat untuk berniaga. Disamping hari koperasi yang berlangsung, kehadiran ibubapa untuk hari komunikasi bersama guru lebih memeriahkan lagi gerai-gerai jualan yang dibuka oleh pelajar.. Majlis perasmian penutupan telah dibuat pada Isnin 7 Julai 2009 oleh Pengetua SAMTTAJ, Pn. Asmawati bt. Ahmad Ishak. Koperator terbaik telah disandang oleh Mohd. Farhan b. Md. Ros, Gerai terbaik ialah kelas 3 Syukur.

4.7.09

HARI KOMUNIKASI 2009





SEKITAR HARI KOMUNIKASI 2009

4 Julai 2009- SAMTTAJ telah mengadakan hari komunikasi atau dikenali sebagai hari menandatangani kad kemajuan pelajar. Hampir 80% ibubapa pelajar telah hadir untuk melaksanakan tanggungjawab bagi membincangkan tahap prestasi pelajar dan kemungkinan masalah yang boleh dibincangkan bersama guru kelas. Program tahunan yang dikendalikan oleh Unit Peperiksaan ini selesai dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak termasuk pentadbiran, guru, pelajar dan ibubapa. Terima kasih kami ucapkan kepada semua Ibubapa yang hadir. Semoga kehadiran anda menaikkan lagi semangat anak didik SAMTTAJ untuk bekerja denganlebih keras unutk mencapai kejayaan..

30.6.09

PELANCARAN BULETIN SINAR SAMTTAJ


29 JUN 2009- Pada perhimpunan pagi Isnin yang lalu, puan Pengetua telah merasmikan pelancaran buletin Sinar SAMTTAJ. Buletin ini adalah dibawah kelolaan Badan Disiplin dan Pengawas yang bertujuan untuk menghebahkan apa sahaja berita terkini mengenai semua peristiwa yang berlaku di SAMTTAJ. Buletin bulanan ini akan diedarkan ke setiap kelas untuk dihebahkan kepada semua pelajar. Kepada warga SAMTTAJ yang mempunyai berita untuk disiarkan bolehlah emailkan berita anda beserta gambar ke email sekolah: samttaj@yahoo.com.

KAMIL PERINGKAT NEGERI

Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38, Sabak Bernam pada 26 dan 27 Jun 2009. SAMTTAJ telah menghantar pelajar bagi mewakili Zon 4 bagi acara-acara seperti:

1) Rawi Marhaban -ke-4
2) Syarahan Bahasa Arab- (LA,LB,PA) Johan, (PB) Naib Johan
3) Syarahan Bahasa Inggeris - (LB) Johan, (PA) naib johan
4) Forum - Johan (L), Naib Johan (P)
5) Debat Bahasa Arab (Johan)
6) Tajhiz Jenazah (P)- Naib Johan
7) Tafsir Al-Quran (LA)- Ke-3
8) Khutbah Jumaat (LB)-Johan

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya mengharumkan nama SAMTTAJ. Berikut adalah antara gambar suasana KAMIL yang sempat dirakamkan.

22.6.09

TOKOH PELAJAR BERBUDI BAHASA BULAN MEI 2009



TOKOH PELAJAR BERBUDI BAHASA BULAN MEI 2009

17.6.09

Anugerah Kualiti PPD Petaling Perdana



SYUKUR ke hadrat ILAHI dan TAHNIAH kepada semua guru dan pelajar kerana SAMTTAJ mendapat anugerah kualiti kecemerlangan PMR dan SPM 2008 . Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Selangor dalam majlis Sambutan Hari Guru PPD Petaling PERDANA pada 16Jun2009
jam 2.00ptg di Kelab Shah Alam Selangor. Puan Hamidah Sudin , Penolong Kanan Pentadbiran telah menerima Sijil Kecemerlangan tersebut . Dua orang guru yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Mazwin bt Mohamed PK koku dan Pn.Zanariah Martan . Semoga SAMTTAJ terus gemilang.......


16.6.09

DEBAT BAHASA ARAB DI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN




16 JUN 2009- SAMTTAJ, Shah Alam telah mengukir kejayaan manis dalam Pertandingan debat Bahasa Arab di antara sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung selama 5 hari iaitu 12 Jun hingga 16 Jun 2009 di USIM, Nilai, Negeri Sembilan dengan mendapat Naib Johan dalam perlawanan peringkat Akhir. Sebagai Naib Johan SAMTTAJ telah dianugerahi Wang Tunai RM 2,000.00, Piala Iringan dan Sijil. Manakala Sakinah Zulkarnain telah dianugerahi Wang Tunai RM 100.00 , Piala Iringan dan Sijil sebagai antara 5 pembahas terbaik pertandingan ini.

Dalam pertandingan tersebut SAMTTAJ amat berbangga dapat bertemu dengan KISAS walaupun tewas diperingkat akhir. Pihak sekolah mengucapkan Syabas dan tahniah kepada para pendebat terbaik sekolah:

1) Sakinah bt Zulkarnain ( 5 pembahas terbaik)
2) Syed Mohsen b. Syed Abu Bakar Alkaff
3) Muhammad Esham b. Samsuddin
4) Muhammad Lutfi b. Mohd. Halim

Dan tahniah juga kepada guru pengiring dan jurulatih yang tidak jemu memberi tunjuk ajar iaitu Pn. Zawiyah bt. Ma'amur dan En. Nawawi. Kejayaan ini disifatkan yang paling manis untuk dikenang pada tahun 2009 ini. Tahniah...

14.6.09

WELCOME BACK TO SCHOOL



SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..

15 Jun 2009- Kepada semua warga SAMTTAJ diharapkan kemabli ke sekolah dengan semangat baru.. Jgn lupa banyak tugasan yang perlu kita selesaikan.. antaranya:

Guru:
1) Telah selesaikan menanda kertas peperiksaan?
2) Markah telah diserah kepada guru kelas?
3) Bersedia untuk menyelesaikan semua tajuk untuk peperiksaan?

Pelajar:
1) Bersedia dengan tajuk2 baru?
2) Bersedia fizikal dan mental menghadapi peperiksaan PMR, SMA dan SPM?
3) Bersedia untuk menjadi muslim kamil yang seimbang duniawi dan ukhrawi berlandaskan Al-Quran dan Sunnah?

Marilah kita sama-sama menjayakan sesi persekolahan ini dengan jiwa yang tenang dan semangat yang kental agar SAMTTAJ terus cemerlang di masa hadapan.. AMIN..


1.6.09

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2009





Assalamualaikum.. para pelajar..selamat bercuti diucapkan.. Ingat ye.. cuti dari 29 Mei 2009 hingga 14 Jun.. 15 Jun datang semula ke sekolah.

SAMBUTAN HARI GURU 2009



29 MEI 2009- Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya.. Dengan kerjasama Majlis Tingkatan Lima dan Badan Pengawas Sekolah majlis kali ini dikhabarkan paling grand.. Semua Guru gembira dengan sambutan yang diberikan. walaupun kesuntukan masa disebabkan peperiksaan yang baru selesai, namun kami pasti semua warga SAMTTAJ bergembira pada hari ini.. "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

12.5.09

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009




11 Mei 2009- Musim peperiksaan menjelang lagi.. kini pelajar-pelajar SAMTTAJ sedang berjuang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2009, Mulai 11 Mei 2009 hinggalah 28 Mei 2009. Semoga Kejayaan menjadi milik anda sekalian. Kami para guru mendoakan kecemerlangan yang berterusan.. Amin.

21.4.09

KAMIL Zon 4

15 April 2009 (Rabu)- SAMTTAJ telah dipilih sebagai lokasi berlangsungnya Kemahiran Amal Islami peringkat Zon 4 pada 2009. Sekolah-sekolah zon 4 terdiri daripada:

1) SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam
2) SAMT Kuala Kubu Bharu
3) SAM Rawang
4) SAM Sg. Selisek
5) SAM Bestari
6) SAM Paya Jaras

Program ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak JAIS bagi mengenalpasti bakat-bakat pelajar SAM dan dikekalkan walau pun sudah bertukar status SABK. Antara acara-acara yang berlangsung ialah Nasyid, Marhaban, Syarahan, Bahas B.Melayu, B. Arab dan English, Forum, Tajhiz Jenazah, Tafsir dan Tilawah. Hasilnya SAM Bestari telah dinobatkan Johan Keseluruhan Peringkat Zon 4, diikuti SAMTTAJ dan SAM Rawang ditempat ketiga. Semoga dengan penganjuran setiap tahun akan dapat mencungkil bakat-bakat terpendam pelajar.

HARI KECEMERLANGAN SAMTTAJ 2008

12 April 2009 (Ahad) - Hari Kecemerlangan SAMTTAJ telah berlangsung dengan jayanya bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang SAMTTAJ 2008. Seramai lebih kurang 280 pelajar telah menerima anugerah masing-masing dan 30 orang guru juga telah diraikan bagi pengekalan prestasi Matapelajaran mengikut peperiksaan SPM, SMA dan PMR. Majlis ini telah mendapat komitmen yang baik daripada semua pihak.. Syabas dan Tahniah diucapkan.

29.3.09

JOHAN SYARAHAN BAHASA ARAB





Pada 26 Mac 2009, sekolah kita telah menghantar 2 orang wakil (lelaki dan perempuan) iaitu Syed Mohsen Alkaff dan Sakinah bt. Zulkarnain bagi acara pertandingan Syarahan Bahasa Arab Peringkat Daerah Petaling Perdana sempena Bulan Dakwah Negeri Selangor. Alhamdulillah, kedua-dua wakil kita telah berjaya mendapat johan. Terima kasih diucapkan kepada Guru Penasihat iaitu Pn. Zawiyah Ma'amur di atas usaha keras beliau melatih pelajar-pelajar tersebut.

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP