18.9.08

Sempena Nuzul Quran 17 Ramadhan

Tarikh- 17 September 2008
Hari   - Rabu
Tempat- Surah Ar Raudhah
Masa- 7.30 pagi hinggs 10.00 pagi
Pelaksana- Pn Norliza Sharmen

Program ini menrupakan suatu program berbentuk rohani bagi pelajar sempena 17 Ramadhan 1429 Hijrah. Seperti yang dikerahui, pada tanggal 17 Ramadhan adalah hari turunnya kitab suci Al-Quran yang diwahyukan kepada junjungan Besar nabi Muhammada SAW. Dewasa ini, semakin berleluasa gejala sosial dan keruntuhan akhlak remaja. Oleh itu, biro dakwah dan tarbiyah asrama puuteri telah merancangkan satu program pengisian rohani khusus untuk pelajar asrama puteri sahaja .Progam ini akan menjemput guru Pendidikan Islam di sekolah iaitu  Pn Norliza Bt  Sharmen . Program ini akan dijalankan pada 17 September 2008 mengikut jadual yang telah dirancang.

MATLAMAT

Program pengisian rohani bertujuan mendidik jiwa pelajar puteri agar cintakan agama dan mengetahui akan peristiwa-peristiwa pentingdi bulan Islam.Dengan adanya program ini, adalah diharapkan agar pelajar [utero akan menjadi muslimah yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan.

OBJEKTIF

Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk:

  1. meningkatkan kefahaman pelajar agar lebih berilmu pengetahuan
  2. memupuk semangat jati diri sebagai seorang muslimah agar mampu menghadapi arus yang mencabar dalam hidup ini.
  3. menjadikan program ini sebgai pemangkin kepada kecemerlangan akhlak dan kepimpinan pelajar 
Tentatif

7.00  pagi - pelajar berkumpul
7.30  pagi - Tazkirah
8.00  pagi - Solat dhuha, Solat Hajat dan Solat Tasbih dipimpin oleh Pn Norliza Sharmen
                - Tadarus mengikut kumpulan
10.00pagi- Bersurai 



No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP