14.8.08

Hari kemuncak Kokurikulum 2008







Tarikh: 30 Julai 2008 (Rabu)

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah telah mengadakan Hari kemuncak Kokurikulum yang merupakan majlis tahunan pada tanggal 30 Julai 2008 bertempat di Dewan Anggerik . Objektif utama program ini diadakan ialah untuk memberi penghargaan kepada warga SAMTTAJ yang telah gigih serta banyak menyumbang kepada kecemerlangan Kokurikulum SAMTTAJ.Antara Objektif lain program ini dijalankan adalah:

  1. Memupuk minat dalam pelbagai bidang kokurikulum yang dijalankan
  2. mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam setiap acara atau bidang yang diceburi.
  3. mengelakkan pelajar daripada suka membuang masa dengan berbagai-bagai aktiviti yang tidak berfaedah
  4. memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
  5. Merancangg dan melaksanakan program secara bersistematik.

Majlis ini telah berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang kesulitan.Semoga kecemerlangan ini berlanjutan pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP