29.8.08

Tahlil dan Doa Selamat

Tarikh- 29hb Ogos 2008
Tempat- Bilik KHB
Masa- 12.00 tengahari
Anjuran- Puan Juriah Abdullah
Imam- Ust Mahadir
kehadiaran- Guru dan Kaki tangan


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA WARGA SAMTTAJ!

Motivasi SMA dan SPM

Tarikh- 29hb Ogos 2008 (Jumaat)
Masa- 11.00-12.00 tengahari
Penceramah jemputan- Ustaz Nurhisam Bin Ahmad (SPIM JPNS)
Peserta- 30 pelajar putera dan puteri terpilih.
Objektif- Memupuk minat serta kesungguhan untuk kecemerlangan SMA dan SPM.
Pengendali- Puan Zawiyah Maamor
Tempat- Bilik Seminar Samttaj













RAJIN DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN,
JANGAN HAMPAKAN HARAPAN IBU BAPA,
SELAMAT MAJU JAYA!

Sambutan Kemerdekaan

Tarikh: 29hb Ogos 2008 (Jumaat)
Masa: 7.30pagi- 10.00 pagi
Tempat: Dewan Anggerik -Penyampaian Hadiah Serta Perasmian Penutupan Oleh Pengetua Samttaj-

Sambutan Kemerdekaan ini dilaksanakan oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Cikgu Shahrul Lail dan Cikgu Nizam,terima kasih cikgu.Hadiah disampaikan kepada pemenang yang menyertai pertandingan menulis sajak,melukis poster dan buku skrap. Majlis dimulai dengan bacaan Yassin ,Perutusan KPPM yang disampaikan oleh Pengetua , nyanyian lagu Jihad ,lagu sekolah dan lagu negaraku.Perutusan Kemerdekaan dibaca oleh Cikgu Sharifuddin,deklamasi Sajak oleh Cikgu Rafidah dan dua pelajar putera.Majlis diakhiri dengan tayangan slaid kemerdekaan.




MENULIS SAJAK

Johan- Mohd Amir bin Mohd Sabri (4 Syukur)
Naib Johan- Adri bin Ibrahim (1 Zuhud)
Ketiga- Nur Mira binti Nur Amran (4 Taqwa)

PERTANDINGAN POSTER

Johan- Muhammad Asyraf Bin Nur Anas (1 Ikhlas)
Naib Johan- Nur Ain Bt Mohd Azman (4 Syukur)
Ketiga- Mohd Amir Bin Mohd Sabri (4 syukur)

BUKU SKRAP

Johan- 4 SYUKUR

TAHNIAH KEPADA PEMENANG YANG TIDAK BERNASIB BAIK ,CUBA LAGI TAHUN HADAPAN!



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

27.8.08

Ihya Ramadhan



Tarikh:25hb Ogos 2008 (Isnin)
Masa: 7.30-8.30 pagi
Tempat:Dewan Anggerik
Penceramah:Ustaz Kamil Bin Sidek (SMK Jeram)

SELAMAT BERPUASA!!

 
 

25.8.08

Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran KRS Peringkat Kebangsaan 2008




Pada 17-23hb Ogos 2008,Samttaj telah dipilih untuk menjadi tempat menginap peserta-peserta kursus kenaikan pangkat pegawai waran KRS peringkat kebangsaan.Seramai 100 pelajar puteri dan 100 pelajar putera Kadet Remaja Sekolah telah menyertai kursus tersebut.Antara lokasi-lokasi kursus itu ialah di Taman Alam Kuala Selangor, Sabak Bernam,Taman Cahaya Alam Bukit Cerakah, Shah Alam dan majlis perasmian penutupan di SMK SAAS Seksyen 2 Shah Alam.

18.8.08

Peperiksaan Percubaan PMR dan SMA







Pada 11 sehingga 15 ogos 2008 telah berlangsung peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Menengah Agama (SMA) bertempat di Dewan Anggerik Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah dan di kelas-kelas tingkatan 4.Semoga berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang semasa PMR dan SMA sebenar pada bulan Oktober akan datang.Semoga berjaya!




Kursus Pra Perkemahan Unit Uniform







Tarikh: 22 Mac 2008
Tempat: Dewan Anggerik dan Dataran Samttaj

Kursus ini disertai oleh seluruh pelajar SAMTTAJ dan guru-guru untuk;

  1. Membina keyakinan diri dalam mengharungi cabaran
  2. Mencernakan semangat setiakawan ,kerjasama, hormat menghormati dan bertolak ansaur
  3. Bersedia menghadapi cabaran perubahan, konflik dan penyelesaian masalah
  4. Membina pengetahuan mengenai tatacara perkhemahan
Tentatif program dibahagikan kepada dua slot iaitu;

  1. Ceramah persediaan perkhemahan disampaikan oleh Encik Suhaimi
  2. Penerangan dan praktikal pemasangan khemah
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya.Tahniah Puan Mazwin!~ PK KOKO yang sangat dedikasi~.Semoga SAMTTAJ sentiasa gemilang.


~Puan Mazwin Mohamed~



Minggu Pusat Sumber Sekolah






Minggu PSS talah diadakan pada 7 hingga 11 Julai 2008 .Penyelaras PSS ,Puan Siti Kamariah Kamari dan Jawatankuasanya telah merancang pelbagai aktiviti antaranya;

7 Julai 2008 -
  • Pelancaran Minggu PSS dan Pelancaran Program Nilam semasa perhimpunan pagi.
  • Cabaran solat, cabaran Al-quran dan kuiz di dewan besar semasa waktu rehat.
8 Julai 2008-
  • Pertandingan bercerita(terbuka),dan menulis kata-kata hikmat
9 Julai 2008-
  • Pertandingan bercerita dan pertandingan permainan tradisional.
10 Julai 2008-
  • Pertandingan Meja Ilmu
11Julai 2008-
  • Spell it Right
Semua pertandingan terbuka untuk dua kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas.

Sambutan Maulidurrasul 2008



Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri

Pada 20 Mac 2008, Samttaj telah menyertai program Maulidurrasul yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.Pada tahun ini unit uniform Kor Kadet Polis dan Persatuan Pandu Puteri diamanahkan untuk mewakili sekolah dalam acara perarakan dan penyediaan sepanduk.Dua kontigen itu mempunyai 90 orang ahlidan berjaya mendapat johan perbarisan dan naik Johan dalam pertandingan sepanduk.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor seusai Majlis Sambutan Maulidurrasul itu berlangsung.Tahniah SAMTTAJ!~


14.8.08

Hari kemuncak Kokurikulum 2008







Tarikh: 30 Julai 2008 (Rabu)

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah telah mengadakan Hari kemuncak Kokurikulum yang merupakan majlis tahunan pada tanggal 30 Julai 2008 bertempat di Dewan Anggerik . Objektif utama program ini diadakan ialah untuk memberi penghargaan kepada warga SAMTTAJ yang telah gigih serta banyak menyumbang kepada kecemerlangan Kokurikulum SAMTTAJ.Antara Objektif lain program ini dijalankan adalah:

  1. Memupuk minat dalam pelbagai bidang kokurikulum yang dijalankan
  2. mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam setiap acara atau bidang yang diceburi.
  3. mengelakkan pelajar daripada suka membuang masa dengan berbagai-bagai aktiviti yang tidak berfaedah
  4. memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
  5. Merancangg dan melaksanakan program secara bersistematik.

Majlis ini telah berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang kesulitan.Semoga kecemerlangan ini berlanjutan pada tahun hadapan.

Hari Asrama Oh Asrama 2008


Hari Asrama Oh Asrama

Asrama Oh Asrama, 27 Julai 2008 merakamkan satu memori indah buat sekelian pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah.Memori yang merapatkan jurang antara dua kelas manusia, yang tua dan yang muda masing-masing mempunyai keinginan yang sama, kebahagiaan bersama.Oleh itu,Hari Asrama Oh Asrama telah berlangsung di SAMTTAJ bagi mengimplementasikan keinginan itu dan menzahirkan hubungan serta menambahbaikkan ikatan antara guru dan pelajar SAMTTAJ.Program ini kiranya terlalu indah untuk dilafazkan dengan kata-kata bahkan terlalu agung untuk difikirkan bersama.Aktiviti-aktiviti seperti Hari Terbuka Asrama,Let's get sweat dan Malam Gala telah mempamerkan serta memantapkan Ukhwah antara para guru dan para pelajar.

Kejohanan Sukan Sekolah 2008

video video

Suasana pagi yang disangka hening rupa-rupanya dihiasi dengan semangat berkobar-kobar pelajar-pelajar SAMTTAJ yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.Pada 18 - 20 Jun 2008, acara sukan telah diadakan.Perlawanan yang telah dieprtadingkan adalah pingpong , bola sepak , bola jaring,sepak takraw ,badminton dan bolatampar.Acara ini diadili oleh para pengadil yang profesional.Acara kemuncak temasya ini diadakan pada 23 Jun 2008 dimana pemenang akan dianugerahkan hadiah.Acara ini telah berjaya memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar disamping dapat mengasah bakat -bakat baru dalam bidang sukan.


  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP